Penggunaan Video Parodi dalam Tuntutan Fitnah

Pengarang

  • Nik Amalin A'yuni Mohd Fauzi Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Kamal Halili Hassan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.38(1)no1

Abstrak

Pada era digital ini, penyebaran maklumat menerusi media sosial berlaku dengan pantasnya dan di luar kawalan. Satu daripada fenomena yang menimbulkan kebimbangan ialah penyebaran fitnah dalam bentuk video parodi. Walaupun sering dianggap sebagai hiburan, kandungan sedemikian berpotensi untuk menyebabkan implikasi serius terhadap reputasi dan kedudukan seseorang individu. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis tahap penggunaan video parodi yang mengandungi unsur fitnah dapat dijadikan asas bagi tindakan saman fitnah di bawah kerangka perundangan Malaysia. Pendekatan kajian ini melibatkan analisis kandungan dan doktrinal yang memberikan penekanan terhadap analisis dokumen perundangan, termasuklah Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta kes yang berkaitan yang telah diputuskan oleh mahkamah. Selain itu, pengkaji turut meneliti perbandingan perundangan fitnah di beberapa negara terpilih, khususnya Malaysia, Indonesia dan United Kingdom. Hasil kajian dapat memperincikan skop liabiliti undang-undang terhadap kandungan parodi berunsur fitnah, di samping menilai keberkesanan pembelaan yang lazimnya dikemukakan, seperti justifikasi dan ulasan yang adil. Menerusi kajian ini, pengkaji mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap rangka perundangan sedia ada agar lebih seiring dengan keperluan dan cabaran fitnah digital dalam media sosial.

Kata kunci: Video fitnah, parodi, media sosial, tuntutan fitnah, kebebasan bersuara, tort fitnah

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2026-01-30

Cara Memetik

Penggunaan Video Parodi dalam Tuntutan Fitnah. (2026). Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 38(1), 1-28. https://doi.org/10.37052/kanun.38(1)no1