Keluaran Terkini

Jil. 17 Bil. 1 (2024): Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 17 Bil. 1 Januari 2024
Lihat Semua Keluaran

Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Jun 2003. Walau bagaimanapun jurnal ini pernah dihentikan penerbitannya pada 2007 hingga 2012. Jurnal ini kembali diterbitkan pada Januari 2013 sehingga kini.

Jurnal ini membicarakan isu dan pemikiran dalam pelbagai bidang dalam Dunia Melayu berdasarkan penyelidikan akademik bagi merakamkan pelbagai sudut tamadun, budaya, pemikiran, kesenian dan kearifan Melayu umumnya. Makalah dalam jurnal ini ditulis dalam bahasa Melayu (untuk kebanyakan makalah) dan dibenarkan juga dalam bahasa Inggeris.