Tujuan dan Skop

Tujuan penerbitan jurnal ini adalah untuk mengembangkan bidang linguistik tentang bahasa Melayu dan rumpun bahasa Melayu khususnya, serta bahasa lain amnya yang ditulis oleh pelbagai pengarang termasuklah pengarang antarabangsa dengan menggunakan bahasa Melayu. Jurnal bahasa juga menjadi wadah untuk perbincangan dapatan baharu dalam bidang linguistik. Di samping itu, Jurnal Bahasa turut menyediakan peluang pertukaran maklumat dalam kalangan pakar yang dilantik.

Skop jurnal ini merangkumi bidang linguistik tulen dan linguistik terapan yang meliputi bidang seperti Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Pragmatik, Analisis Wacana, Etimologi, Psikolinguistik, Peristilahan, Leksikografi dan Sosiolinguistik