Polisi Hak Cipta dan Pelesenan
Notis Hak Cipta
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit (Dewan Bahasa dan Pustaka). Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan makalah untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa.
Sekiranya terdapat penggunaan bahan (seperti gambar, jadual, graf, carta, skema dan karya seni) yang mempunyai hak cipta, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan memberikan kredit kepada sumber dengan jelas dalam makalah tersebut. Kebenaran masih perlu dimohon jika status hak cipta diragui. Kebenaran tersebut perlu diserahkan ketika menghantar makalah. Penggunaan sebarang bahan lain selain makalah daripada laman Jurnal Bahasa ini tidak dibenarkan.
Muat Turun Borang Pengisytiharan dan Penyerahan Hak Cipta
Lesen
Jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah jurnal capaian terbuka. Jurnal ini menggunakan Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0) dan tertakluk pada terma dan syarat yang terdapat dalam lesen tersebut. Lesen ini membenarkan anda untuk berkongsi makalah dengan syarat memberikan kredit yang sewajarnya, bukan untuk tujuan komersial dan tidak mengedarkannya jika diubah suai.