Polisi Editorial
Makalah akan dinilai oleh editor dari segi kesesuaian skop jurnal. Makalah akan dinilai secara penilaian sulit berganda oleh sekurang-kurangnya dua orang penilai yang merupakan pakar bidang. Penilaian sulit berganda adalah penting untuk memastikan identiti penilai dan pengarang tidak diketahui. Sidang editorial bertanggungjawab terhadap keputusan akhir, sama ada menerima atau menolak makalah tersebut dan keputusan tersebut adalah muktamad. Makalah yang ditulis oleh sidang editorial boleh dipertimbangkan, tetapi sidang editorial tersebut tidak boleh terlibat dalam segala proses penerbitan makalahnya. Makalah akan dinilai oleh sidang editor dan penilai luar berdasarkan perkara yang berikut:
Keaslian: Manuskrip merupakan karya asli dan mempunyai kualiti yang dapat menyumbang terhadap bidang kajian yang ditetapkan. Signifikan: Hasil kajian diinterprestasikan secara tepat dan signifikan. Kesimpulan mestilah wajar dan disokong oleh hasil kajian.
Reka letak dan Format: Format manuskrip mematuhi garis panduan penyumbang. Tarikan kepada pembaca: Manuskrip mematuhi skop yang ditetapkan oleh jurnal.
Tahap Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris: Bahasa yang digunakan mestilah jelas dan difahami.
Manfaat sitasi: Mampu meningkatkan sitasi jurnal.
Penilai akan menilai kualiti makalah, seterusnya memberikan cadangan sama ada makalah tersebut perlu diterima, perlu dibaiki atau ditolak. Penilaian setara selesai selepas sekurang-kurangnya dua orang penilai luar menyerahkan borang penilaian berserta komen pembaikan yang ditanda pada makalah. Dalam proses seterusnya, editor juga boleh mencadangkan penerimaan atau penolakan manuskrip kepada ketua editor berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang dimilikinya. Keputusan yang dicadangkan adalah satu daripada perkara yang berikut:
Terima: Makalah diterima sebagai mana bentuk asalnya. Walau bagaimanapun, keputusan ini jarang-jarang berlaku.
Terima dengan pembaikan minor: Makalah diterima selepas penulis melakukan sedikit pembaikan.
Terima dengan pembaikan major: Makalah diterima dengan pembaikan yang ketara. Pembaikan tersebut biasanya melibatkan kesalahan teknikal aspek, kekurangan data, kedalaman analisis dan pengubahsuaian soalan kajian untuk memastikan makalah menyumbang sesuatu dalam bidang tersebut.
Semakan dan penghantaran semula: Makalah dipertimbangkan untuk dinilai kali kedua, sekiranya pengarang telah membuat pembaikan yang sepatutnya.
Tolak: Makalah ditolak tanpa peluang penghantaran semula.
Komen penilai akan disemak oleh sidang editorial. Komen yang mengandungi unsur yang tidak sesuai dan ditulis secara tidak sepatutnya akan disunting untuk mengelakkan salah faham kepada penulis. Walau bagaimanapun, komen asal tersebut masih disimpan untuk capaian editor.