Pernyataan Etika Penerbitan

Pernyataan Etika Penerbitan dan Penyataan Amalan Salah

Jurnal Bahasa komited untuk mengekalkan piawaian etika tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan jurnal. Jurnal Bahasa adalah mematuhi prinsip The Committee on Publication Ethics (COPE).

Sebarang kes salah laku etika adalah dipandang serius dan akan diuruskan menggunakan garis panduan yang dikeluarkan oleh COPE. Untuk butiran lanjut, sila layari: Core Practices

Tanggungjawab Ketua Editor/Editor
Membuat penilaian kendiri secara komited tanpa prejudis terhadap semua makalah yang dihantar oleh penyumbang.
Memastikan segala maklumat berkaitan makalah tidak didedahkan tanpa sebarang tujuan yang berkaitan dengan penerbitannya.
Memastikan penilai yang sesuai, berdasarkan latar belakang dan kepakaran, dilantik.
Memastikan proses penilaian dijalankan secara rahsia (double blind review).
Mendapatkan pandangan daripada Lembaga Editorial secara aktif.
Membuat keputusan makalah yang akan diterbitkan berdasarkan dasar dan polisi  jurnal dan menentukan masa makalah tersebut akan diterbitkan.
Menggunakan perisian untuk mengesan plagarisme

Tanggungjawab Pengarang
Memastikan makalahnya baharu, asli, tepat, tidak memberikan pernyataaan palsu dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dalam pertimbangan jurnal yang lain.
Memastikan tidak ada unsur plagiat dalam makalah yang dihantar.
Memastikan semua petikan dan rujukan dinyatakan dengan jelas sumbernya dan lengkap maklumatnya.
Sekiranya mengambil data sekunder daripada mana-mana sumber, nyatakan dengan jelas sumber data tersebut diperoleh dengan maklumat yang lengkap.
Memastikan mematuhi format yang telah ditetapkan oleh penerbit.
Memastikan segala data yg berkaitan dengan makalah perlu disimpan.
Penulis tidak digalakkan untuk menghantar makalah dari aspek berbeza daripada kertas penyelidikan yang pernah diterbitkan atau dihantar kepada penerbit lain.
Penulis perlu mematuhi syarat kepengarangan yang ditetapkan.
Penulis perlu mengisytiharkan konflik kepentingan dan sumber kewangan untuk makalah yang dihantar.
Sekiranya penulis menyedari kesilapan dalam makalah yang diterbitkan, penulis perlu memaklumkan pada pihak jurnal
Pengarang perlu memastikan hak subjek (manusia) dalam makalah dipelihara.
Pengarang dikategorikan telah melakukan pelanggaran etika sekiranya melakukan perkara berikut:

  • Menghantar makalah yang sama kepada jurnal lain.
  • Melakukan plagarisme yang melebihi had yang ditetapkan.
  • Menyertakan nama pihak yang tidak layak sebagai pengarang dalam senarai pengarang
  • Memalsukan pengisytiharan konflik kepentingan
  • Melanggar etika penyelidikan
  • Memanipulasikan semua bahan yang berkaitan dengan makalah.


Tanggungjawab Penilai
Melakukan penilaian secara objektif, adil dan profesional serta tanpa konflik kepentingan.
Memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika berlaku pelanggaran etika penerbitan dalam makalah yang dinilai.
Memastikan makalah yang dinilai tiada unsur plagiat atau pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini.
Memastikan penilaian dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika memerlukan pelanjutan masa penilaian makalah.
Tidak membincangkan makalah yang dinilai kepada pihak lain tanpa kebenaran.
Penilai perlu menilai dari aspek kualiti, kerelevanan dan ketepatan makalah serta digalakkan untuk menyemak silang sitasi dan rujukan.

Tanggungjawab Lembaga Editorial
Melaksanakan tugas dengan penuh intgeriti dan adil.
Menyumbang secara aktif dan memberikan komitmen yang tinggi untuk perkembangan jurnal.
Bertindak sebagai duta untuk jurnal.
Menyokong secara berterusan dan mempromosikan jurnal.
Menilai makalah yang diserahkan kepadanya untuk dinilai.

Pascapenerbitan

Setelah makalah diterbitkan, pengarang boleh mengemukakan:

1) Notis rasmi kepada pihak jurnal sekiranya terdapat kesilapan daripada pihak jurnal (Erratum)

2) Notis rasmi kepada pihak jurnal sekiranya terdapat kesilapan daripada pengarang (Corrigendum)

3) Notis rasmi kepada pihak jurnal untuk membatalkan keputusan penerbitan makalah kerana menjejaskan kesimpulan makalah dan memerlukan penarikan balik makalah. Di samping itu, sekiramya terdapat pembaca yang berpandangan bahawa makalah yang diterbitkan perlu ditarik balik, pembaca perlu memaklumkan maklumat berkaitan kewajaran tersebut kepada pihak jurnal. Pihak jurnal pula akan berbincang dengan penilai sama ada perkara tersebut menjejaskan kesimpulan utama utama makalah. Dalam hal ini, pengarang masih diberi peluang untuk memberikan penjelasan. Sekiranya penilai dan pengarang bersetuju bahawa kesimpulan terjejas, penarikan semula oleh pengarang perlu dilakukan.  

4) Notis rasmi kepada pihak jurnal sekiranya terdapat tambahan maklumat berkenaan makalah (Addendum).

Penyataan Konflik Kepentingan

Setiap penulis perlu membuat perakuan tentang konflik kepentingan ketika menghantar makalah kepada Jurnal Bahasa. Konflik kepentingan ini meliputi hubungan penulis dengan editor, penilai, penyunting, lembaga editorial, lembaga penasihat antarbangsa dan mana-mana pihak yang berkaitan dengan penerbitan makalah dalam jurnal ini. Hal ini bagi mengelakkan sebarang tekanan atau pengaruh yang menyebabkan sesuatu makalah yang dihantar itu terpaksa diterbitkan. Antara percanggahan kepentingan yang perlu didedahkan termasuklah dari sudut peribadi, pekerjaan, perundingan, pemilikan saham, honorarium, komersial, politik, akademik atau kewangan. Oleh itu, Jurnal Bahasa akan sentiasa memastikan tidak berlakunya perkara ini dalam setiap penerbitan kami.

Tindakan Pelanggaran Etika

Sekiranya aduan berkaitan pelanggaran etika diterima, sidang editorial akan melakukan perkara berikut:
1) Memohon pihak pengadu mengemukakan bukti bagi setiap pelanggaran etika.
2) Menyiasat kebenaran dakwaan pengadu.
3) Mengambil tindakan berdasarkan setiap jenis pelanggaran etika seperti yang berikut:
   a. Melakukan semakan dengan pengarang terhadap pelanggaran tersebut
   b. Memberi amaran kepada pengarang
   c. Menarik balik makalah yang diterbitkan dalam OJS dan semua platform terlibat sekiranya berkaitan.
   d. Menggantung penerbitan dalam tempoh enam bulan.

Capaian Terbuka
Jurnal ini diterbitkan secara dalam talian dan capaian terbuka (open access) kepada semua pengguna.

Polisi Bahasa
Makalah disiarkan dalam bahasa Melayu. Padanan tajuk, abstrak dan kata kunci dalam bahasa Inggeris disediakan.

Polisi Plagiat Jurnal
Pengarang hendaklah menyerahkan karya asli yang tidak diciplak daripada orang lain atau dirinya sendiri dan belum diterbitkan atau karya yang tidak dihantar kepada jurnal lain. Petikan daripada karya atau penerbitan lain mestilah dinyatakan dengan jelas sumber dan lengkap maklumatnya.

Makalah yang dihantar kepada Jurnal Bahasa akan disaring plagiarismenya menggunakan perisian pengesanan plagiarisme iaitu IThenticate. Jurnal Bahasa akan menolak makalah yang menunjukkan peratusan plagiarisme melebihi 25%. Editor kami akan berunding dengan lembaga editorial apabila membuat keputusan untuk menerbitkan karya tersebut.

Penyataan Privasi
Nama dan alamat e-mel yang diberikan dalam laman web jurnal ini akan digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan dalam jurnal ini dan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain atau diberikan kepada mana-mana pihak lain.