Penilaian Setara

Jurnal Bahasa merupakan jurnal yang mengikuti proses penilaian sulit berganda (double blind peer reviewed).

Tempoh

Makalah diproses dalam tempoh maksimum 12 bulan berdasarkan tarikh makalah dihantar, tarikh makalah diterima untuk diterbitkan dan tarikh makalah diterbitkan.

Proses

  • Penyerahan makalah.
  • Penilaian awal dari segi format dan kandungan (mengikut skop).
  • Makalah yang dihantar akan disaring untuk mengesan plagiat menggunakan perisian pengesanan plagiat IThenticate.
  • Makalah yang mematuhi skop dan garis panduan jurnal serta lulus saringan IThenticate akan dihantar kepada sekurang-kurangnya dua pakar bebas untuk semakan sulit berganda tanpa nama (double blind review).
  • Pakar penilai tersebut adalah daripada institusi yang berbeza daripada penulis dan bukan daripada pasukan editorial jurnal.
  • Penilai akan menilai kualiti makalah (termasuk pemformatan, penilaian umum, pembentangan plagiat dan perbincangan serta data) dan memberikan cadangan, sama ada makalah boleh diterima, perlu diperbaiki atau ditolak.
  • Penilai akan menyerahkan laporan penilaian bersama-sama ulasan terhadap makalah kepada editor.
  • Editor boleh mencadangkan penerimaan atau penolakan makalah kepada Ketua Editor berdasarkan pengetahuan dan kepakaran mereka sendiri.
  • Pemberitahuan penerimaan, pembetulan atau penolakan makalah kepada penulis.
  • Bagi makalah yang perlu diperbaiki, pembetulan mesti dilakukan oleh penulis dan makalah perlu dihantar semula.
  • Makalah akan diterima jika pembetulan menyeluruh telah dilakukan.
  • Pemberitahuan penerimaan kepada penulis.