Lakuan Pertuturan dalam Video Infografik COVID-19

(Speech Acts in COVID-19 Infographic Video)

  • Siti Nur Adibah Sabarudin Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Aminnudin Saimon Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Kajian ini berfokuskan analisis lakuan pertuturan Searle (1969) dalam video infografik COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Secara umumnya, kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan pertuturan yang digunakan oleh KKM dalam video infografik. Lakuan pertuturan yang telah dikenal pasti dianalisis berdasarkan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969). Teori ini mengetengahkan lima lakuan, iaitu asertif, ekspresif, direktif, komisif dan deklaratif. Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah kualitatif. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan analisis kandungan teks sebagai kaedah kajian. Hasil kajian mendapati terdapat sebanyak 129 lakuan pertuturan yang merangkumi kelima-lima lakuan pertuturan Searle (1969). Daripada jumlah lakuan pertuturan tersebut, lakuan pertuturan direktif merupakan lakuan yang paling dominan dan paling kerap digunakan, iaitu sebanyak 67 kekerapan, diikuti oleh lakuan pertuturan asertif sebanyak 51 kekerapan. Seterusnya, lakuan ketiga yang kerap digunakan ialah lakuan pertuturan ekspresif, iaitu sebanyak 6 kekerapan. Lakuan pertuturan komisif dan deklaratif merupakan lakuan yang paling kurang digunakan dalam video infografik COVID-19, iaitu sebanyak 4 dan 1 kekerapan. Dapatan ini menunjukkan lakuan direktif paling dominan kerana matlamat video infografik adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan arahan daripada Perdana Menteri dan KKM. Penggunaan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969) amat bersesuaian bagi memperlihatkan hubungan komunikasi antara penutur dengan pendengar untuk memahami dengan lebih jelas makna hajat komunikatif penutur. Oleh yang demikian, keberkesanan maklumat yang disampaikan dapat memberikan impak yang positif kepada negara dan masyarakat.

Rujukan

Abd Ganing Laengkang, Ab Razak Ab Karim & Riduan Makhtar. (2019). Lakuan bahasa kritikan dalam forum wacana Sinar Harian. Jurnal Melayu, 18(2), 147-162.

Abd Ganing Laengkang, Ab Razak Ab Karim & Rohaidah Haron. (2019). Lakuan Bahasa Ekspresi Tun Dr. Mahathir: Kajian kes terhadap 40 Artikel Chedet.CC. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 127-137.

Abd Ganing Laengkang, Ab Razak Ab Karim & Rohaidah Haron. (2020). Lakuan bahasa janji dan ekspresi: Kajian terhadap ucapan lisan Tun Dr. Mahathir dalam isu 1MDB. Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 3(2), 73-91

Aminnudin Saimon. (2021). Lakuan Pertuturan dalam filem Nordin Ahmad. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(1), 33-52.

Aminnudin Saimon, Lisa Licson, Nur Aisyah MohamadTaufek, Siti Hajar Japar & Siti Nor Asmira Razali (2020). Lakuan bahasa arahan dalam teks ucapan Perdana Menteri berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 2021 / ISSN 1823-6812 (63-78).

Aminnudin Saimon. (2019). Lakuan Bahasa dalam Filem Melayu Terpilih (Tesis PhD tidak diterbitkan). Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Arinta Cahya Fatihah & Asep Purwo Yudi Utomo. (2020). Analisis tindak tutur perlokusi dalam konpers Presiden soal COVID-19 pada saluran Youtube CNN Indonesia. Jurnal bahasa, Sastra Indonesia dan Pengajarannya, 13(1), 1-10

Aoyama, K. (2002). Request Strategies at A Japanese Workplace. Kertas kerja dibentangkan di The Third College-wide Conference in Language, Linguistics and Literature, Second Language Teaching & Curriculum Center, University of Hawaii, Manoa.

Austin, J. L. (1962). How To Do With Words. Clavendon Press.

Carter, S. M., & Little, M. (2008). Justifying knowledge, justifying method, taking action: Epistemologies, methodologies and methods in qualitative research. Qualitative Health Research, 17(10), 1316-28.

Cerny, M. (2017). On the function of speech acts in doctor - Patient communication. Linguistica Online. Published: August 3rd, 2017.

Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches (3rd ed.). SAGE Publications.

Galih Widi Astuti & Sofyan Sauri. (2020). Tindak tutur ilokusi pada iklan layanan masyarakat pencegahan COVID-19: Filsafat Bahasa J.L. Austin. Jurnal Pendidikan Kebahasaan dan Kesusasteraan Indonesia, 5(1), 297-305

Hadher Hussein, T. Chow V.F., Shaik Abdul Malik M. I. & Esbah S. A. (2013). Offering as a commisive and directive speech act: consequence for cross - Cultural communication. International Journal of Scientific and Research Publications, 2(3), March.

Hetti Waluati Triana & Idris Aman. (2011). Lakuan tutur menolak generasi muda Minangkabau: Cermin budaya popular dalam interaksi sosial. Journal of Language Studies, 11(1), 7-34.

Holdcroft, D. (2014). Indirect speech acts and propositional content. In S.L. Tsohatzidis (Ed.), Foundations of Speech Act Theory, 350-364

Huang, Y (2015). Pragmatik (Terjemahan Puteri Roslina Abdul Wahid). Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Irma Faramida, Charlinda & Hemandra. (2019). Tindak tutur representatif pada caption Instagram. Jurnal Tuah Pendidikan dan Pengajaran Bahasa, 1(1), 8-17.

Kamus Dewan (Edisi Keempat.). (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman Youtube rasmi MyHealthKKM

Maisarah Ahmad Kamil & Fatin Fatinah Shamshul Bahrn. (2020). A speech act: Analysis of the Prime Minister's pertaining to The Movement Control Order (MCO) to Address The COVID-19 Pandemic in Malaysia. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 4(4), 1-13.

Maslida Yusof & Karim Harun. (2015). Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook. Malaysian Journal of Communication, 31(2), 151-168.

Searle J.R.(1969). Speech acts: An essay in philosophy of language. Cambridge University Press.

Sukardi. (2020). Kebijakan Jokowi terhadap Pandemic Corona Virus Disease (COVID-19): Dalam perspektif tindak tutur. Jurnal Edukasi Sumba, 2(4), 81-88.
Telah diterbitkan
2021-12-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Sabarudin, S., & Saimon, A. (2021). Lakuan Pertuturan dalam Video Infografik COVID-19. Jurnal Bahasa, 21(2), 325-352. doi:10.37052/jb21(2)no7