Call for Papers Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia
Undangan menulis makalah untuk Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia
Kanun diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai. Manuskrip jurnal yang ingin dihantar perlu tertumpu pada kajian undang-undang Malaysia terkini yang dilaksanakan oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara. Skop jurnal ini merangkumi undang-undang sivil dan syariah, termasuk kajian perbandingan undang-undang Malaysia dengan undang-undang negara lain.
Manuskrip jurnal yang dibincangkan meliputi pelbagai aspek undang-undang termasuklah Undang-undang Jenayah, Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Tort, Undang-undang Kemanusiaan, Undang-undang Jenayah Shariah dan Undang-undang Perlembagaan.
Manuskrip jurnal yang dihantar akan melalui proses penilaian secara doubleblind review, kemudian penulis akan diberi maklum balas mengenai status manuskrip melalui e-mel. Penulis perlu memastikan:
- Makalahnya baharu, asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dalam pertimbangan jurnal yang lain.
- Tidak ada unsur plagiat dalam makalah yang dihantar.
- Semua petikan dan rujukan (menggunakan format APA) dinyatakan dengan jelas sumbernya dan lengkap maklumatnya.
- Mengambil data sekunder daripada mana-mana sumber, nyatakan dengan jelas sumber data tersebut diperoleh dengan maklumat yang lengkap.
- Mematuhi format yang ditetapkan oleh penerbit. Format tersebut boleh didapati melalui http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/subguideline
Tarikh akhir penghantaran adalah pada 15 September 2026 bagi keluaran Januari 2027. Sebarang penghantaran yang melepasi tarikh akhir akan dibawa untuk penerbitan seterusnya.
Manuskrip jurnal boleh dihantar menerusi e-mel: ojs@dbp.gov.my
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi editor kami menerusi e-mel:
syukri@dbp.gov.my / nurhanna@dbp.gov.my
Sekian, terima kasih.




