Fokus dan Skop
Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian undang-undang terkini yang dilaksanakan oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara, tentang undang-undang Malaysia sivil dan syariah, termasuk kajian perbandingan undang-undang Malaysia dengan undang-undang negara lain. Makalah akan melalui proses penilaian sulit berganda (double blind review) dan hanya makalah terpilih akan diterbitkan.
Aspek undang-undang yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Jurnal juga menerbitkan kajian kes yang berlaku di luar Malaysia menggunakan instrumen undang-undang antarabangsa sebagai rujukan, jika kes tersebut berlaku di Malaysia. Makalah diterbitkan dalam bahasa Melayu dengan padanan tajuk, abstrak dan kata kunci dalam bahasa Inggeris.