Klasifikasi Aktionsart Predikat Keadaan Bahasa Melayu

  • Maslida Yusof Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM
  • Noraini Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Karim Harun Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pembahagian kata kerja mengikut makna leksikal telah dilakukan dalam kalangan ahli tatabahasa bahasa Melayu, antaranya Asmah Haji Omar (1993, 2008). Selain meninjau kata kerja berdasarkan fungsi nahuan kata kerja, beliau turut melihat makna leksikal, yakni berdasarkan makna yang dibawa oleh kata kerja itu sendiri. Menurutnya, kata kerja digolongkan kepada dua subsistem, iaitu kata kerja perbuatan yang mempunyai gerak dinamik atau proses dan kata kerja statif atau keadaan yang tidak mempunyai gerak. Selanjutnya, Maslida et al. (2008) dan Maslida Yusof (2012) pula mengelaskan kata kerja dalam bahasa Melayu berdasarkan aspek situasi dan membahagikan kata kerja atau predikat bahasa Melayu kepada keadaan, pencapaian, penyempurnaan, aktiviti, aktif penyempurnaan, semelfaktif dan versi kausatif bagi setiap kelas kata kerja. Kesemua kelas kata kerja ini diklasifikasikan dengan merujuk satu set ujian sintaksis dan semantik seperti yang dianjurkan dalam Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan. Sehubungan dengan itu, dengan memberi fokus kepada kelas atau predikat keadaan dan menggunakan data Korpus UKM-DBP sebagai bahan contoh ayat, makalah ini akan menjelaskan ciri predikat keadaan dan memperincikan jenis predikat keadaan dalam bahasa Melayu. Tinjauan menyeluruh terhadap kata keadaan ini dilakukan oleh sebab predikat keadaan merupakan salah satu jenis predikat asas yang mendefinisikan perkaitan tematik selain kata kerja aktiviti (Van Valin, 2005).


Kata kunci: makna leksikal, klasifikasi aktionsart, predikat keadaan, Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR)

Rujukan

Abdullah Hassan, 2006. Linguistik Am. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman, 1989. Imbuhan dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Asyraf, 2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Bailey, Kenneth D, 1987. Method of Social Research. 3rd Edition. New York: The Free Press.

Beth Levin, 1993. English Verb Classes and Alternation. A Preliminary Investigation. London: The University of Chicago Press.

Boutin, Michael, 2010. "A Role and Reference Grammar Account of Bonggi Adversative Constructions" dlm. Kenneth A. McElhanon and Ger Reesink, A Mosaic of Languages and Cultures: Studies Celebrating the Career of Karl J.Franklin 20-37. SIL e-Books, 19. [Dallas: SIL International.

Dowty, R.D., 1979. Word Meaning and Montague Grammar: The Semantics of Verbs and Times in Generative Semantics and in Montague's PTQ. Holland: D. Reidel Publishing Company.

Gerald O. Knowles & Zuraidah Mohd Don, 2006. Word Class in Malaya: A Corpus-Based Approach. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Idris Aman, 2006. "Kata Pemeri 'Adalah' dan 'Ialah'" dlm Zaharani Ahmad (ed.) Aspek Nahu Praktis, hlm 163-94. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jyh Wee Sew, "Kata Kerja: Mempelopori Suatu Penilaian Semantik Baru. Semantik" dlm. Jurnal Dewan Bahasa Jun, hlm. 530-37, 1999.

Kamus Dewan, 2005. Edisi Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Klaus & Charlotte Wedekind (SIL), Abuzaynab Musa (Asmara), 2002. "RRG Universal Verb Classes vs. Beja Verb Classifications Based on Morphologies and Textual Functions". The 2002 International Course and Conference on Role and Reference Grammar, July 27-28, 2002, University of La Rioja, Spain. http://linguistics.buffalo.edu/people/faculty/vanvalin/rrg/vanvalin_papers/
Wedekind.PDF [Capaian 10 Oktober 2010].

Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan, 1994. Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Maslida Yusof, Rogayah A. Razak & Zaharani Ahmad, "Pengelasan Kata Kerja Bahasa Melayu: Pendekatan Semantik Berdasarkan Role and Reference Grammar (RRG)" dlm. Jurnal Bahasa 8:2, hlm. 242 – 62, 2008.

Maslida Yusof, "Preposisi Lokatif Bahasa Melayu Berdasarkan Kerangka Role and Reference Grammar (RRG)" dlm. GEMA online Journal of Language Studies 7 :1, 2009.

Maslida Yusof, 2012. "Kata Kerja Bahasa Melayu: Klasifikasi Berdasarkan Kelas Aktionsart" dlm. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Norsimah Mat Awal and Harishon Radzi (ed.), Pemantapan dan Pembinaan Ilmu Linguistik Berasaskan Korpus hlm. 263-78. Bangi: Penerbit UKM.

Michael Herslund & IreÝne Baron, 2001. Semantic of The Verbs Have: Dimensions of Possession dlm. http://books.google.com.my/books, hlm 85–95.

Mohd Azemi Mohd Yusoff, "Makna Kata Pemeri dalam Ayat" dlm. Jurnal Dewan Bahasa Julai, hlm. 589-95, 1998.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rainer Osswald & Thomas Gamerschlag, 2010. "Attribute Verbs within and across Languages". Interdisciplinary Workshop on Verbs: The Identification of Verbs Feature (2010) dlm. http://linguistica.sns.it/Workshop_verb/papers/Osswald_verb2010_submission
_67.pdf.

Soh Hooi Ling, 2008. "Awalan meN- Dalam Bahasa Melayu: Satu Morfem atau Dua Morfem?" Persidangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: IPGM Kampus Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Soh Hooi Ling dan Hiroki Nomoto, "Progressive Aspect, The Verbal meN-, and Stative Sentences in Malay" dlm. Oceanic Linguistic Journal 48:1, 2009.

Van Valin & LaPolla, 1997. Syntax: Structure, Meaning and Function. Cambridge:

Cambridge University Press.

Van Valin, R., 2005. Exploring the Syntax-Semantics Interface. Cambridge: Cambridge University Press.

Vendler, Z., 1967. Linguistics in Philosophy. New York: Cornell University Press.

Za'ba, 1965. Pelita bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2013-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Yusof, M., Salleh, N., & Harun, K. (2013). Klasifikasi Aktionsart Predikat Keadaan Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 13(2), 192-216. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8131/3661