Tentang Jurnal
Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit (penilaian secara double-blind) yang diindeks dalam DOAJ, MyJurnal dan MyCite yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.
Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian linguistik terkini tentang bahasa Melayu dan rumpun bahasa Melayu khususnya serta bahasa lain amnya yang dilaksanakan oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara yang diterbitkan dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menerbitkan makalah yang terpilih dan bermutu dengan rujukan yang berwibawa. Selain itu, jurnal ini turut menyediakan padanan tajuk, abstrak dan kata kunci dalam bahasa Inggeris bagi setiap makalah yang diterbitkan.
Jejak Rekod Jurnal
2001: Diterbitkan secara bercetak
2010: Diterbitkan secara digital (abstrak sahaja)
2014: Diterbitkan secara ditigal sepenuhnya
2015: Diindeks oleh MyJurnal
2018: Diindeks oleh MyCite
2023: Diindeks oleh DOAJ