Bahasa Retorik sebagai Strategi Penyampaian Khutbah Jumaat di Negara Brunei Darussalam
Abstrak
Penggunaan bahasa retorik dalam bidang penulisan dakwah dapat memberikan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat secara komprehensif. Oleh itu, pemilihan unsur retorik perlu dititikberatkan oleh penulis teks khutbah untuk menghasilkan wacana dakwah yang berkualiti. Hal ini bukan sahaja dapat menjamin keberkesanan dakwah yang disampaikan, malah mampu merealisasikan setiap objektif yang ditetapkan oleh institusi keagamaan, khususnya dalam penyelarasan teks khutbah Jumaat yang disampaikan antara bulan Mac hingga Mei 2022. Kajian ini dilakukan untuk mengidentifikasikan penerapan bahasa retorik dalam teks khutbah Jumaat oleh institusi keagamaan di Negara Brunei Darussalam dengan berpandukan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Kajian ini juga menganalisis dan membincangkan peranan dan fungsi penanda retorik tersebut yang dianggap sebagai strategi dakwah yang berkesan. Menerusi kajian ini, didapati bahawa institusi keagamaan di negara ini telah memanfaatkan penggunaan bahasa retorik sebagai strategi utama dalam penyampaian teks khutbah Jumaat dengan mengaplikasikan beberapa teknik, iaitu pendedahan, penerangan, pemujukan dan penghujahan. Kesimpulannya, keberhasilan penyampaian butiran dakwah kepada masyarakat bergantung pada kebijaksanaan dalam penggunaan bahasa supaya perkara yang ingin disampaikan dapat disalurkan dengan mudah dan jelasnya.
Kata kunci: Khutbah Jumaat, bahasa retorik, strategi, estetik, dakwah, pengaruh
Rujukan
2. Abdul Chaer. (2013). Pengantar semantik bahasa Indonesia. PT Rineka Cipta.
3. Abdul Rashid Daing Melebek & Amat Juhari Moain. (2010). Sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Abdullah Hassan. (2013). Linguistik am siri pengajian dan pembelajaran bahasa Melayu. PTS Professional Sdn. Bhd.
5. Amida Abd. Hamid. (2015). Retorik: Yang indah itu bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa iklan perniagaan satu kajian bahasa retorik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Asmah Haji Omar. (2015). Nahu Melayu mutakhir edisi kelima. Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Dalman, M. PD. (2012). Keterampilan menulis. Devisi Buku Perguruan Tinggi, PT Raja Grafindo Persada.
9. Dewi Samri. (2022). Pengaplikasian teori retorik moden dalam penyampaian ceramah Ustaz Kazim Elias. Jurnal Bahasa, 22(1), 49-76.
10. Dewi Samri & Haziq Aisha. (2021). Penggunaan bahasa retorik dalam pewahanaan informasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 21(2), 95-117.
11. Enos, T., & Brown S. C. (1993). Defining the new rhetorics. Sage Publication.
12. Ghazali Darussalam & Sufean Hussin. (2021). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian edisi ketiga. Penerbit Universiti Malaya.
13. Hart, R. P. (1997). Modern rhetorical criticism second edition.
14. Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi antara manusia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
15. Hasnah Ibrahim. (1982). Menulis untuk berkomunikasi. Utusan Publication & Distributers Sdn. Bhd.
16. Irfan Maulana. (2021). Buku panduan khutbah Jum'at untuk pemula. Guepedia. com.
17. Israr, MH. (1993). Retorika dan dakwah Islam era moderen. CV Firdaus.
18. Japar Maidin. (2004). Khutbah Jumaat: Wadah penyampai wawasan negara. Brunei Resources, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
http://www.bruneiresources.com/pdf/masjid_japarmaidin_khutbah_Jumaat.pdf
19. Keraf, G. (1981). Eksposisi dan deskripsi. Nusa Indah Yayasan Kanisus.
20. Keraf, G. (2007). Argumentasi dan narasi. PT Gramedia Pustaka Utama.
21. Lim, K. H. (2007). Pemikiran retorik barat: Sebuah pengantar sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
22. Lim, K. H., & Har, W. M. (2014). Jaringan bahasa: Logik, retorik dan globalisasi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
23. Mohd Hilmi Bakar, Fatimah Tajuddin, Rosdi Saffian & Nor Raihan Abu Bakar. (2013). Keberkesanan komunikasi dakwah: Kajian analisis kandungan terhadap teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Universiti Teknologi MARA Melaka.
24. Mohd Sidin Ahmad Ishak. (1999). Keterampilan menulis. Dewan Bahasa dan Pustaka.
25. Muhammad Mazlan Abu Bakar & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2016). Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media cetak. Jurnal Linguistik, 20(1), 10-25.
26. Muhammad Tanwir Fuady. (2017). Kedudukan hukum khutbah dalam shalat Jum'at (Analisis perbandingan antara Mazhab Syafi'i dan Mazhab Zhahiri) [Tesis Sarjana Muda], UIN Ar- Raniry Repository.
27. Munif Zarirruddin Fikri Nordin. (2015). Dimensi bahasa dalam agama. Dewan Bahasa dan Pustaka.
28. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abd. Hamid Mahmod. (1993). Tatabahasa dewan edisi baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
29. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abd. Hamid Mahmod. (2015). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
30. Nor Azuwan Yaakob, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaizura Md. Zain, & Syed Nurulakla Syed Abdullah. (2018). Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama. Jurnal Linguistik, 22(2), 54-67.
31. Nor Idayu Zulpabli & Tamar Jaya Nizar. (2011). Persepsi pelajar Muslim di Fakulti Pendidikan terhadap kandungan khutbah Jumaat berbantukan teknologi multimedia di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai, Johor [Disertasi Kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia.
32. Nor Raudah Siren. (2013). Retorik penulisan dakwah. Universiti Malaya. Teks khutbah Jumaat di Negara Brunei Darussalam bagi bulan Mac hingga Mei 2022. Kementerian Hal-Ehwal Ugama, Brunei. http://kheu.gov.bn/Lists/ Khutbah/ViewAll.aspx
33. Teo, K. S. (2019). Bahasa dan masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
34. Usman, S. (1995). Metodologi khutbah dan retorika dakwah. Al Qalam, 10(56), 1-9.
Karya ini dilesenkan di bawah Lesen Antarabangsa Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.