Kelegapan fonologi dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan: satu analisis teori simpati
Abstrak
Makalah ini cuba menghurai dan menjelaskan perlakuan fonologi yang sukar difahami atau kelegapan fonologi dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan dengan menggunakan teori Simpati yang berdasarkan tatatingkat kekangan daripada teori Optimaliti. Fonologi dialek Kelantan menunjukkan vokal rendah /a/ yang diikuti oleh segmen [h, 2] di posisi rima suku kata tertutup akan berubah menjadi [a]. Misalnya, kata "bah" dan "sesak" direalisasikan sebagai [bah] dan [sosa2]. Fenomena kelegapan berlaku apabila terdapat bentuk-bentuk yang tidak mematuhi generalisasi ini. Misalnya, kata "bas" dan "sesat" direalisasikan sebagai [bah] dan [sosa2]. Makalah ini menyarankan bahawa perubahan yang berlaku pada vokal /a/ itu disebabkan oleh kekangan kebertandaan *alga, yang tidak membenarkan vokal [a] mendahului konsonan dalam suku kata tertutup. Walau bagaimanapun, pematuhan terhadap kekangan ini menyebabkan kelegapan berlaku. Syarat yang mengawal perlakuan fonologi yang dijelaskan dengan menggunakan representasi perantaraan sebelum ini, tidak kelihatan dalam struktur permukaan mahupun struktur dalaman. Bagi mengatasi masalah ini, bentuk pasangan calon dan kekangan simpatetik daripada teori Simpati digunakan sebagai ganti representasi perantaraan. Dengan cara ini, fenomena kelegapan fonologi yang berlaku dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan dapat dijelaskan dengan lebih berpada.
Rujukan
Benua, L., 1997. "Transderivational Identity: Phonological Relations between Words". Disertasi Doktor Falsafah, University of Massachusetts Amherst. (dalam talian) http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=259 (capaian 5 Novem-ber 2003).
Chomsky, N., dan Halle, M., 1968. The Sound Pattern of English. New York: Harper & Row.
Howe, D., 2003. Segmental Phonology. University of Calgary, Kanada. (dalam talian) http://www.4).ucalgary.ca/howed/phonology.pdf (capaian 27 Julai 2003).
Kager, R., 1999. Optimality Theory. Cambridge: Cambridge University Press.
McCarthy, J.J., 1998. Sympathy and Phonological Opacity. (dalam talian) http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=252 (capaian 7 Februari 2003).
McCarthy, J.J., 2003. The Length ofStem-final Vowels in Colloquial Arabic. (dalam talian) http://roasutgers.edu/view.php3?roa=616 (capaian 4 November 2003).
McCarthy, J.J., dan Prince, A.M., 1993a. "Generalized Alignment" dlm. Booij, G. dan Marie, J., (ed.), Yearbook of Morphology 1993, hlm. 79-153. Dordrecht: Kluwer. Technical report #7, Rutgers University Center for Cognitive Sci-ence, 1993. (dalam talian) http://roa,rutgers.edu/view.php3?roa=7 (capaian 31 Mei 2003).
McCarthy, J.J., dan Prince, A.M., 1993b. Prosodic Morphology I: Constraint In-teraction and Satisfaction. Massachusetts: MIT Press. Technical Report #3, Rutgers University Center for Cognitive Science.
Prince, A.M., dan Smolensky, P., 1993/ 2002. Optimality Theory: Constraint in-teraction in Generative grammar. New Brunswick, N.J. Rutgers University Center for Cognitive Science. Technical Report RuCCS-TR-2. (dalam talian) http://roa.rutgers.edulview.php3?roa=537 (capaian 2 Januari 2003).
Roca, I., dan Johnson, W., 1999. A Course in Phonology. Oxford: Blackwell Publishers.
Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani Ahmad, "Teori Optimaliti dan Analisis Deretan Vokal Bahasa Melayu" dlm. Dewan Bahasa 40:6, hlm. 512-527, 1996.
Zaharani Ahmad, "Struktur Suku Kata Dasar Bahasa Melayu: Pematuhan dan Pengingkaran Onset" dlm. Dewan Bahasa 43:12, hlm. 1058-1076, 1999.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.