Bahasa kacukan: antara realiti sosiolinguistik dengan idealisme perancangan bahasa
Abstrak
Wujudnya bahasa kacukan dapat dikatakan fenomena sejagat bagi kebanyakan bahasa di dunia, khususnya bahasa yang mengalami pertembungan antara budaya. Istilah bahasa pijin, bahasa kreol, peralihan kod dan percampuran kod merupakan istilah yang menandai kewujudan fenomena tersebut. Di Malaysia, beberapa tahun belakangan ini muncul istilah bahasa rojak, yang meskipun bukan istilah linguistik, menjadi satu tanda lagi kewujudan fenomena bahasa kacukan. Za`ba seawal tahun 1934 telah menghuraikan fenomena tersebut dalam buku Ilmu Mengarang Melayu. Makalah ini pada satu sisi mengupas isu bahasa kacukan dalam konteks realiti sosiolinguistik yang mewarnai situasi kebahasaan di Malaysia, dan pada satu sisi lain membincangkan dampak fenomena tersebut kepada usaha perancangan bahasa yang berkaitan erat dengan pembinaan tamadun bangsa dan negara. Idea pokok yang diharapkan dapat membuka perbincangan dan pemikiran ialah bagaimanakah bahasa kacukan patut diterima sebagai realiti sosiolinguistik dan pada waktu yang sama usaha perancangan bahasa untuk mengisi pembinaan negara tidak tergugat, khususnya dalam ranah rasmi dan intelektual.
Rujukan
2. Asmah Haji Omar, 1982. Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Asmah Haji Omar, 1992. The Linguistic Scenery in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Asmah Haji Omar, 2002. Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
5. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Awang Sariyan, 2002. Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Awang Sariyan, 2005. Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson.
8. Awang Sariyan, 2006. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Jacobson, R., 2004. The Broadening Spectrum of A Malaysian Experience: From Informal Codemixing to Formal Codeswitching. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Noriah Mohamed, 2003. Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
11. Nik Safiah Karim (ed.), 1987. Bahasa Melayu Tinggi: Teori dan Aplikasinya. Kuala Lumpur: Persatuan Linguisiik Malaysia.
12. Nik Safiah Karim, 1990. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Zainal Abidin Ahmad, 2002. Ilmu Mengarang Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.