Analisis Strategi Sumber Rujukan Kesantunan dalam Teks Khutbah Jumaat

Pengarang

Abstrak

Strategi sumber rujukan merupakan satu daripada strategi kesantunan berbahasa yang berfungsi untuk menilai tahap autoriti kandungan dalam sesuatu teks ucapan. Analisis terhadap penggunaan strategi sumber rujukan membolehkan tahap ketepatan dan kebenaran maklumat yang digunakan dalam teks ucapan dakwah, khususnya teks khutbah, dinilai. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi sumber rujukan yang digunakan dalam teks khutbah. Kajian ini menggunakan kategori sumber rujukan yang diperkenalkan oleh Noriati Abdul Rashid (2013). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam strategi sumber rujukan, iaitu strategi sumber rujukan Islam, strategi sumber rujukan sejarah, strategi sumber rujukan umum, strategi sumber rujukan ilmuwan, strategi sumber rujukan buku dan strategi laporan media. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi sumber rujukan Islam dan strategi rujukan ilmuwan mencatatkan peratusan tertinggi kerana kedua-duanya bersandarkan rujukan primer yang berautoriti serta pandangan ulama dalam teks khutbah.

Kata kunci: Strategi sumber rujukan, kesantunan berbahasa, khutbah Jumaat, dakwah, kategori sumber rujukan, autoriti

Rujukan

Diterbitkan

2026-06-30

Cara Memetik

Analisis Strategi Sumber Rujukan Kesantunan dalam Teks Khutbah Jumaat. (2026). Jurnal Bahasa, 26(1). https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/9372