Gaya Bahasa dalam Strategi Retorik Penceritaan Novel Sejambak Bakti
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb26(1)no5Abstrak
Retorik ditakrifkan sebagai seni mengolah bahasa bagi memastikan mesej dapat disampaikan secara berkesan dan berupaya mempengaruhi pemikiran dan emosi pembaca. Walaupun retorik merupakan elemen teras dalam keberkesanan komunikasi teks sastera, kajian terhadap strategi retorik secara sistematik dan gaya bahasa dalam retorik penceritaan masih terhad. Kajian sedia ada cenderung untuk mengasingkan kedua-dua aspek ini, sekali gus mewujudkan jurang pemahaman terhadap cara strategi retorik beroperasi secara bersepadu untuk memperkukuh penyampaian makna, emosi dan nilai. Pemilihan novel Sejambak Bakti sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) memperlihatkan bahawa karya tersebut mempunyai nilai pendidikan, moral dan estetika yang sesuai untuk pembentukan sahsiah pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis retorik moden berdasarkan teori retorik moden oleh Enos dan Brown (1993) serta menghuraikan gaya bahasa berdasarkan model gaya bahasa oleh Henry Guntur Tarigan (1985) bagi memperkukuh pemahaman terhadap strategi retorik penceritaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penulis mengaplikasikan pelbagai strategi retorik, iaitu pemerian, penghujahan, pendedahan, pemujukan dan penceritaan. Retorik penceritaan didapati merupakan jenis retorik paling dominan yang digunakan dalam novel tersebut. Penggunaan gaya bahasa pertautan, perbandingan, pertentangan dan perulangan turut memperkukuh penyampaian mesej serta meningkatkan apresiasi pembaca terhadap teks KOMSAS. Secara keseluruhan, kajian ini menyerlahkan potensi novel Sejambak Bakti sebagai medium pendidikan yang berkesan dalam penyampaian nilai dan pembinaan sahsiah diri pelajar.
Kata kunci: Novel, retorik, linguistik, gaya bahasa, teori retorik moden, Komponen Sastera
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.





