Call for Papers Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia

2022-06-30

Undangan menulis makalah untuk Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia

Kanun diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai. Manuskrip jurnal yang ingin dihantar perlu tertumpu pada kajian undang-undang terkini yang dilaksanakan oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara, khususnya tentang undang-undang Malaysia yang mencakupi undang-undang sivil dan syariah. Aspek undang-undang yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Kanun juga menerbitkan kajian kes yang berlaku di luar Malaysia menggunakan instrumen undang-undang antarabangsa sebagai rujukan, jika kes tersebut berlaku di Malaysia.

Manuskrip jurnal perlu dihantar secara dalam talian melalui http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/about/submissions

Manuskrip jurnal yang dihantar akan melalui proses penilaian secara doubleblind review, kemudian penulis akan diberi maklum balas mengenai status manuskrip melalui e-mel. Penulis perlu memastikan:

  1. Makalahnya baharu, asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dalam pertimbangan jurnal yang lain.
  2. Tidak ada unsur plagiat dalam makalah yang dihantar.
  3. Semua petikan dan rujukan (menggunakan format APA) dinyatakan dengan jelas sumbernya dan lengkap maklumatnya.
  4. Mengambil data sekunder daripada mana-mana sumber, nyatakan dengan jelas sumber data tersebut diperoleh dengan maklumat yang lengkap.
  5. Mematuhi format yang ditetapkan oleh penerbit. Format tersebut boleh didapati melalui http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/subguideline

Tarikh akhir penghantaran adalah pada 31 Mac 2022 bagi keluaran Julai 2022 dan 15 Ogos 2022 untuk keluaran Januari 2023. Sebarang penghantaran yang melepasi tarikh akhir akan dibawa untuk penerbitan seterusnya.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi editor kami menerusi e-mel: zaiton6@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.