Aplikasi Prinsip Khiyar (Pilihan) dalam Perundangan Islam dan Undang-undang yang Berkaitan dengan Jual Beli Barang di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
Abstrak
Khiyar merupakan pilihan atau hak yang diberikan kepada pembeli dan penjual untuk memilih, sama ada ingin meneruskan akad jual beli atau membatalkannya. Perundangan Islam memberikan hak khiyar kepada penjual dan pembeli untuk memastikan kedua-dua pihak yang berakad saling reda meredai. Tujuan pemberian khiyar adalah untuk memberikan kemaslahatan kepada kedua-dua belah pihak sehingga tidak ada pihak yang berasa kecewa terhadap akad jual beli yang dilakukan. Dari sudut undang-undang di Malaysia, elemen pilihan dalam undang-undang yang berkaitan dengan jual beli di Malaysia dilihat mempunyai prinsip yang sama dengan elemen khiyar. Oleh itu, kajian ini menyoroti kajian lepas yang membahaskan prinsip khiyar yang berlaku dalam akad jual beli antara perundangan Islam dengan undang-undang yang berkaitan dengan jual beli yang diamalkan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi prinsip khiyar majlis dan khiyar syarat dilihat berbeza daripada implementasi yang terdapat di dalam Akta Kontrak 1950. Prinsip khiyar ayb dan khiyar ru’yah pula diaplikasikan dengan jelasnya dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 menerusi beberapa peruntukannya. Selain itu, persamaan prinsip khiyar ru’yah dan khiyar ayb turut ditemukan dalam peruntukan Akta Jualan Barang 1957. Hal ini menunjukkan bahawa prinsip khiyar yang terdapat dalam perundangan Islam diaplikasikan dalam undang-undang di Malaysia, tetapi tidak secara menyeluruh.
Kata kunci: Khiyar (pilihan), kontrak jual beli, perundangan Islam, Akta Kontrak 1950, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Jualan Barangan 1957
Teks penuh: PDF
Rujukan
Akta Kontrak 1950 (Akta 136), International Law Book Service, No. seksyen 5, 6. (1950).
Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), International Law Book Service, No. seksyen 10, 32, 35, 39, 40, 41, 45. (1999).
Al-Sanhuri, ‘Abd al-Razzaq Ibn Hammam. (1981). Al-Masadir al-Haqq fi al-Fiqh al-Islami, Dirasat Muqaranah bi al-Fiqh al-Islami. Jilid 4. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Faizah Syihab. (2016). The doctrine of khiyar al-ayb in protecting the customer’s rights. Akademika: Jurnal Keagamaan dan Pendidikan, 12(1), 75–88.
Hasri Harun, Shofian Ahmad & Ruzian Markom. (2014). Keberadaan elemen khiyar (pilihan) dalam jualan barangan: Satu kajian awal. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, Kolej Universiti Islam (KUIS), 59–71.
Hasri Harun, Shofian Ahmad & Ruzian Markom. (2016). Prinsip khiyar (pilihan) dalam undang-undang berkaitan jualan barangan menurut Islam. Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies, 4(1), 28–38.
Hasri Harun, Shofian Ahmad & Ruzian Markom. (2017). Prinsip khiyar dalam jualan barangan: Kajian terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136). UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 4(1), 27–40.
Mohamed Azam Mohamed Adil, Mohd Dani Muhamad, Ezani Yaakub & Amal Hayati Ishak. (2010). Tadlis in Islamic transactions. Malaysian Accounting Review, Special Issue, 9(2), 43–55.
Mohd Izhar Ariff. (2017, 11 Mei). Hukum syarak jaga kepentingan umat. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/281233/hukum-syarak-jaga-kepentingan-umat
Shofian Ahmad. (2022). Perlindungan pascaakad terhadap pihak berkontrak melalui remedi pilihan sendiri menurut Islam dan undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 35(1), 141–166.
Mohd Murshidi Mohd Noor, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Mustaffa Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff, Monika Munirah Abd Razzak, Jilani Touhami Meftah, Sedek Ariffin, Ahmad K. Kasar and Mohd Roslan Mohd Nor. (2013). The rights of khiyar (option) in the issue of consumerism in Malaysia. Middle-East Journal of Scientific Research, 13(2), 154–161.
Muhammad Hafiz Mohd Shukri & Ruzian Markom. (2013). Pengharmonian prinsip khiyar al-ru’yah dalam transaksi perniagaan di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 25(2), 185–208.
Muhammad Hafiz Mohd Shukri, Rahmah Ismail & Ruzian Markom. (2021). The application of caveat emptor and caveat venditor doctrines from civil and Islamic perspectives. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 28, 92–103.
Muhammad Majdy Amiruddin. (2016). Khiyār (hak untuk memilih) dalam transaksi on-line: Studi komparasi antara Lazada, Zalara dan Blibli. Falah: Jurnal Ekonomi Syariah, 1(1), 47–62.
Norhoneydayatie Abdul Manap & Mat Noor Mat Zain. (2021). Doktrin caveat emptor: Penilaian terhadap Akta Kontrak 1950 dan perundangan Islam. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 33(2), 287–304.
Nor Izham Subri, Izwan Nurli Mat Bistaman, Mohd Zaki Shahabuddin, Wan Mohd Dhaiyudeen Helmy W. M., & Rozana Mohd Jamil. (2020). Pendekatan khiyar dalam pembelian atas talian (online shopping): Analisa kritikal. Proceeding of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020. FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 29–30 Oktober 2020. 166–182.
Rushdi Ramli. (1990). Konsep penawaran dan penerimaan di dalam kontrak: Satu kajian perbandingan di antara perundangan Islam dan undang-undang kontrak Malaysia [Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Wu, M. A., & Beatrix Vohrah. (1996). The commercial law of Malaysia. Cornell University Press.




