"Giler" atau "Gile": Slanga Kata Penguat

("Giler" or "Gile": Use of Slang Words as Intensifiers)

  • Mary Fatimah Subet Universiti Malaysia Sarawak
  • Muhammad Zaid Daud Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak

Makalah ini bertujuan meninjau pemilihan ejaan "giler" ataupun "gile" yang kerap digunakan dalam slanga yang dijadikan sebagai kata penguat. Tinjauan dibuat untuk menentukan sama ada perkataan ini mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif berkenaan. Data dikutip melalui temu bual secara rawak dan pengisian borang soal selidik oleh 360 orang responden secara dalam talian dengan aplikasi Google Forms. Kajian mendapati dua perkataan ini telah berfungsi sebagai slanga kata penguat yang sering digunakan, dan menjadi bahasa kebiasaan dalam pertuturan mahupun dalam penulisan tidak formal bagi kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, taraf pendidikan, pekerjaan mahupun etnik.


Kata kunci: kata penguat, slanga, bahasa dan linguistik, variasi bahasa

Biografi Penulis

Mary Fatimah Subet, Universiti Malaysia Sarawak

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi

Muhammad Zaid Daud, Universiti Malaysia Sarawak

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi

Rujukan

Ahmad Nazri, 2015. Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik [PDF document]. Retrieved from http://www.slideshare.net/hajimeTMasia/tugasan-hbml3403-linguistik-dan-sosiolinguistik (capaian 16 Mei 2015)

Asmah Haji Omar, 2008a. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008b. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee, dan Zainuddin Ahmad, 2011. Longman teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1. Edisi Pertama. Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Kamus Dewan, 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mhd. Amin Arshad, 2000. "Bahasa Slanga: Pembentukan dan Ciri-Cirinya" dlm. Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu. Serdang, Selangor: UPM.

Mohd Majid Konting, 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Yusof Arshad, 1996. Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Skudai UTM

Muhammad Daud. "Remaja dan Bahasa Slanga" dlm. Sinar Online capaian daripada http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/remaja-dan-bahasa-slanga-1.245848, 30 Januari 2014.

Muhammad Salehudin Aman, 2008. Mari Kita Berbahasa. Seri Kembangan, Selangor: Citra Kurnia Enterprise.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 2010. Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abduk Hamid Mahmood, 2013. Tatabahasa Dewan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rizal Hakimm. Pulau Harimau, Mersing…Giler CANTIK!!!! [Foto]. http://www.facebook.com/rizalhakimm.kl?fref=ts (capaian 13 Februari 2016).

Siti Hajar Abdul Aziz, 2009. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Teo Kok Seong. "Slanga: Satu fesyen pertuturan" dlm. Pelita Bahasa 8:4, 1996.

Za'ba, 1965. "Ilmu Mĕngarang Mĕlayu: Bagi Pĕrgunaan Guru2 dan Murid2 Darjah Tinggi di-Sĕkolah Mĕnĕngah dan Pĕnuntut2 di-Maktab Latehan Guru". Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zuraidah Mohd Sulaiman, Gan Kiat Chien, Eng Sze Boon dan Ahmad Harith Syah Md Yusuf, 2012. "Slanga Remaja Melayu dan Cina: Analisis Awal Berdasarkan Teori Relevan". Kertas kerja International Conference On Arts, Social Sciences, and Technology (ICAST2012).
Telah diterbitkan
2018-10-18
Bagaimana untuk memetik sitasi
Subet, M., & Daud, M. (2018). "Giler" atau "Gile": Slanga Kata Penguat. Jurnal Bahasa, 16(2), 293-306. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4243/1407