"Proses" dalam Ayat Wacana : Representasi Pengalaman Dunia Penutur
Abstrak
Makalah ini bertitik tolak daripada pandangan bahawa manusia bangkit dan mempersembahkan pengalaman dunia mereka melalui bahasa yang dimanifestasikan oleh unsur "proses" dalam klausa. Dengan demikian, analisis proses dalam klausa ialah langkah awal yang penting bagi meneliti cara manusia bangkit dan mempersembahkan pengalaman dunia mereka melalui bahasa. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan jenis proses dalam klausa atau ayat Melayu. Pengenalpastian jenis proses berdasarkan pemikiran nahu fungsional yang mengiktiraf bahasa sebagai sistem komunikasi manusia dan memanfaatkan data wacana naratif. Daripada analisis, dikenal pasti dan ditafsirkan tujuh jenis proses utama dalam bahasa Melayu. Terdapat tujuh cara penutur bahasa Melayu bangkit dan mempersembahkan pengalaman dunia mereka melalui penggunaan proses tertentu dalam klausa dan ayat. Proses berkenaan ialah lakuan, keadaan, minda, kewujudan, pertalian, pemerian, dan verbal. Bagi setiap jenis proses itu dihuraikan sifat masing-masing serta contoh penggunaannya dalam wacana.
Kata kunci: proses, klausa, nahu fungsional, wacana, lakuan, minda, keadaan, kewujudan
Rujukan
Azhar M. Simin, 1993. Sintaksis Wacana "Yang" dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chafe, W., 1992. "Discourse: An Overview" dlm. Bright, W. et al (eds.) International Encyclopedia of Linguistics. Oxford: Oxford University Press.
Chafe, W., 1990. "Some Things that Narratives Tell Us about the Mind" dlm. B. Britton & A. Pellegrini (eds.) Narrative Thought and Narrative Language. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.
Fairclough, N., 2003. Analysing Discourse: Textual Analysis for Social Research. London and New York: Routledge.
Halliday, M.A.K. 1994. An Introduction to Functional Grammar. Second edition. London: Arnold.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, 1996. Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Labov, W. & Waletzky, 1997. "Narrative Analysis: Oral Versions of Personal Experience. Special Issue on Oral Versions of Personal Experience: Three Decades of Narrative Analysis" dlm. Journal of Narrative and Live History 7. 3-38.
Maynard, S.K. 1982. "Hiroshima Folktales: Text-typology from the Perspective of Structure and Discourse Modality" dlm. Text 2(4): 375-93.
Thompson, G., 2004. Introducing Functional Grammar. London: Arnold.
Za'ba (Zainal Abidin b. Ahmad), 1958. Pelita Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wikipedia.org/wiki/Scientific_research. Scientific method [7 Nov 2008].
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.