Sintaksis Kata soal Argumen Bahasa Mendriq: Kerangka Minimalis

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Harishon Radzi Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Umumnya, ada tiga pola utama berhubung dengan kedudukan kata soal. Pola pertama ialah kata soal berpindah ke posisi awal kalimat dan mengambil ruang lingkup awal kalimat yang dikenali sebagai posisi skop ayat soal tersebut. Pola kedua ialah kata soal mempunyai kedudukan yang sama yang akan diduduki oleh jawapannya nanti, fenomena ini disebut sebagai wh in-situ. Pola ketiga ialah kata soal dapat berpindah ke tengah-tengah kalimat, yang dikenali sebagai kata soal separuh gerak. Mendriq merupakan bahasa yang dituturkan oleh sebilangan kecil peribumi di Malaysia Timur, menunjukkan dua pola kata soal, iaitu kata soal bergerak dan pada kata soal in situ, dalam kalimat yang sama. Fenomena ini sangat nyata dalam kedua-dua kata soal, iaitu naken "siapa" dan luk ai atau alow "apa", yang dikenali sebagai kata soal argumen dalam penulisan ini. Kami mendakwa bahawa kata soal ini tidak hanya bersifat in situ tetapi kedua-duanya juga mengamati pergerakan. Chomsky (1993) mencadangkan fitur [Q] memiliki ciri yang kuat dalam semua bahasa. Selain itu, Adger (2003) pula mencadangkan bahawa [Q] yang kuat memiliki fitur tak berinterpretasi [uwh] yang kuat pada KOMP, mewajibkan kata soal berpindah ke kedudukan skop, iaitu Spek FKOMP, untuk menyemak fitur tak berinterpretasi secara lokal. Menjaga tuntutan Chomsky dan mengamati saranan Adger, penulis mencadangkan bahawa fenomena in situ dan fenomena pergerakan adalah kerana kehadiran Op kosong yang memiliki [wh] untuk kedua-dua kata soal dalam bahasa ini. Op ini boleh berpindah ke Spek FKOMP untuk menyemak secara lokal [uwh] yang menyebabkan kata soal tetap berada in situ atau kata soal boleh bergerak secara pilihan ke Spek FKOMP sebelum Cetusan untuk menyemak fitur tak berinterpretasi [uwh] pada Spek FKOMP.


Kata Kunci: sintaksis, kata soal, argumen, bahasa Mendriq, apa, siapa

Rujukan

Adger, David. 2004. Core Syntax: A Minimalist Approach. Oxford: Oxford University Press.

Chomsky, N., 1995. The Minimalist Program. Cambridge. MA: MITPress.

Chomsky, N., 1986. Knowledge of Language. Its Nature, Origin, and Use. New York: Praeger.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, 2005. Analisis Sintaksis ke atas Enklitik "-nya" dalam Bahasa Melayu. Disertasi PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. ,Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Ajid Che Kob, Harishon Radzi, 2009a. Sintaksis Kata Soal Argumen Dialek Utara Bahasa Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa, hlm. 235 - 42.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Ajid Che Kob, Harishon Radzi, 2009b. "Apa Menyoal Siapa atau Siapa Menyoal Apa?: Analisis Minimalis Kata Soal Dialek Utara" dlm. Jurnal Persatuan Linguistik. 9: 73-93.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, 2009c. "Struktur Sintaksis Frasa Nama Bahasa Bateq" dlm. GEMA. 9(1):47-61.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, 2009d. "Sintaksis Frasa Nama Bahasa Kensiu" dlm. Jurnal Bahasa. 9(2):155-72.
Telah diterbitkan
2010-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed Sultan, F., Jalaluddin, N., & Radzi, H. (2010). Sintaksis Kata soal Argumen Bahasa Mendriq: Kerangka Minimalis. Jurnal Bahasa, 10(2), 269-286. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8167/3715