Pilihan bahasa dan lingua franca suku kaum di Sarawak

  • Azlan Mis Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini membincangkan lingua franca suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak. Di Sarawak terdapat bermacam-macam suku kaum dan masing-masing menggunakan bahasanya sendiri. Oleh yang demikian, lingua franca di Sarawak merupakan bahasa yang dipilih untuk berhubung dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain agar hubungan antara suku kaum menjadi lebih erat dan sejahtera. Tentu sahaja bahasa perhubungan yang dipilih telah menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah. Kewajaran kajian ini bertunjangkan lingua franca yang bertitik tolak daripada maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Sesuatu bahasa itu akan terus dipilih dan digunakan oleh semua pihak sama ada semasa situasi formal atau tidak formal sekiranya bahasa tersebut memenuhi peranan lingua franca. Hasil analisis pilihan bahasa responden Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak, didapati pilihan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak lebih tinggi jika dibandingkan dengan pilihan bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, pilihan bahasa Iban dilihat digunakan dalam situasi tidak formal dan pilihan bahasa dialek Melayu Sarawak pula semasa situasi formal.

Rujukan

Akmajian, A. et al., 1995. Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Diterjemah oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussein. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Asmah Haji Omar, 2003. Language and Language Situation in Southeast Asia: With a Focus on Malaysia. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.
Asmah Haji Omar, 2004. The Encyclopedia of Malaysia. Jilid 9. Kuala Lumpur: Archipelago Press.
Asmah Haji Omar, 2007. “Teori Linguistik dan aplikasinya dalam memartabatkan Kajian Dialek Melayu”. Kertas Kerja Seminar Dialektologi Melayu (SEDIA). Anjuran Program Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. 27 Disember 2007.
Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J.T., 2004. “Malayic languages of Sarawak” dlm. The Encyclopedia of Malaysia. Jilid 9. Kuala Lumpur: Archipelago Press.
Dewa Putu Wijana dan Muhammad Rohmadi, 2006. Sosiolinguistik: Kajian Teori dan Analisis. Yogjakarta: Pustaka Pelajar.
Holmes, J. 2001. An Introduction to Sociolinguistics. Edisi Kedua. Longman: Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/msyarakatSarawak
Telah diterbitkan
2022-11-30
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mis, A. (2022). Pilihan bahasa dan lingua franca suku kaum di Sarawak. Jurnal Bahasa, 10(1), 1-16. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8462/3990