Rumus kln + X + setia + kln + Y ->Z dalam memahami penggunaan leksis setia berdasarkan perspektif linguistik kognitif

  • Hishamudin Isam Universiti Utara Malaysia
  • Norsimah Mat Awal Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini cuba mencipta rumus yang dapat digunakan untuk memahami penggunaan leksis setia (leksis daripada kelas semantik nilai yang mengalami masalah kerencaman makna) dalam ayat sebenar yang dituturkan oleh pengguna bahasa. Berdasarkan selisikan terhadap data korpus akhbar, buku, dan majalah, kajian mendapati bahawa pemberi (X) dan penerima sifat setia (Y) tidak semestinya melibatkan manusia, sebaliknya boleh berupa objek konkrit dan konsep abstrak yang diberikan unsur personifikasi. Antara X dengan Y pula, wujud penggunaan kolokasi nahuan (kln – daripada dan kepada). Keadaan ini membolehkan penciptaan rumus kln + X + setia + kln + Y -> Z. Walau bagaimanapun, adakalanya rumus ini tidak berpadanan dengan hakikat bahasa sebenar, kerana kekreatifan manusia memanipulasi penggunaan kosa kata biasanya melebihi daripada hakikat rumus yang dicipta. Namun, yang penting ialah percubaan untuk menghasilkan “rumus mengikut acuan pengguna” dari perspektif linguistik kognitif dapat dibahaskan dengan lebih saintifik dan ilmiah.

Telah diterbitkan
2022-12-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Isam, H., & Mat Awal, N. (2022). Rumus kln + X + setia + kln + Y ->Z dalam memahami penggunaan leksis setia berdasarkan perspektif linguistik kognitif. Jurnal Bahasa, 11(2), 273-296. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8468/3996