Alternasi dalam fonologi subdialek Kedah Utara

  • Shahidi A.H Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan menyerlahkan proses-proses fonologi yang terdapat dalam subdialek Kedah Utara di samping memaparkan distribusi fonem vokal dan konsonannya. Kawasan yang menjadi lokasi pengumpulan data ialah di sekitar kawasan Naka, Kuala Nerang, dan Pedu dalam daerah Padang Terap, Kedah. Pada hakikatnua, huraian penyelidikan terdahulu lebih terarah menyamakan proses fonologi subdialek Kedah Utara dengna subdialek Kedah persisiran. Bagaimanapun, dapatan kajian ini membuktikan bahawa subdialek Kedah Utara tetap mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik dalam kes-kes tertentu misalnya reduplikasi konsonan sebagai pengganti proses asimilasi nasal-obstruen, proses peleburan segmen dan unsur aspirasi. Penulisan ini menyerlahkan hakikat bahawa kewujudan konsonan rangkap (yang ditemu hadir pada lingkungan tengah kata dalam data kajian) adalah hasil proses asimilasi dan perubahan struktur suku kata yang berlandaskna syarat-syarat (fonologi) dan lingkungan tertentu. Pengkaji berpendapat hasil jaian ini sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa subdialek Kedah Utara memiliki ciri-ciri tertentu yang khusus membezakannya dengan variasi dialek Kedah yang lain (dialek Kedah persisiran misalnya).

Rujukan

Abdul Karim lsmail, 1971. "Dialek Baling - Sifat-sifat umum kumpulan teks". Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 1977, The Phonological Diversity of the Malay Dialects. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1988. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buyung Adil, 1980. Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T., 1986. Antologi Kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T., 1996. Khazanah Dialek Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Farid M. Onn & Ajid Che Kob, 1993. Simpasium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ismail, Hj., 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Jitra: Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia.

Ida Ahmad, Drs., "Fonologi bahasa Kedah" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 13(12): 531-37, 1969.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 1997. Rancangan pembangunan daerah Padang Terap 1995-2020. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

M. Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti.

Nik Safiah Karim et al., 1989. Tatabahasa Dewan Jilid 2:Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahidi A.H., "Analisis fonologi bahasa Iban" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 44 (4): 434 - 44, 2000.
Telah diterbitkan
2009-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
A.H, S. (2009). Alternasi dalam fonologi subdialek Kedah Utara. Jurnal Bahasa, 9(2), 302-325. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8499/4018