Analisis lakuan komunikatif pemandu pelancong semasa bertugas
Abstrak
Dalam dunia pelancongan yang terbentuk daripada pelbagai dimensi yang ikut pula melibatkan bermacam-macam usaha dan kegiatan untuk memberikan aneka perkhidmatan kepada pelbagai ragam pelawat/pelancong, terdapat sekumpulan orang yang bukan sahaja mendukung peranan penting, tetapi kewajipan yang amat diperlukan. Mereka ialah para pemandu pelancong yang melayani keperluan dan kerenah para pelancong yang melawat sesuatu tempat itu untuk mem-pertingkat pengetahuan, memahami budaya masyarakat lain selain negara dan rakyat sesebuah tempat itu. Bagaimanakah seseorang pemandu pelancong itu menyampaikan pelbagai keterangan dan khazanah budaya tentang sesebuah negara itu kepada para pelancong? Bagaimana seseorang pemandu pelancong itu berkomunikasi dengan para pelancong? Penyelidikan ini dilakukan untuk meneliti "lakuan komunikatir' (Saville-Troike, 1989) yang digunakan oleh para pemandu pelancong, sebuah komuniti bahasa di Malaysia. Penyelidikan ini diasaskan kepada satu "situasi komunikatif (Saville-Troike, 1989); lawatan berpandu di dan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandar Melaka untuk para pelancong asing. Penyelidikan ini meneliti satu "peristiwa komunikatif' (Saville-Troike, 1989), iaitu percakapan para pemandu pelancong dengan para pelancong semasa menjalankan tugas. Dalam makalah ini, penemuan-penemuan daripada penyelidikan ini hanya difokuskan pada lakuan komunikatif yang digunakan oleh para pemandu pelancong dan sebab-sebab di sebalik penggunaan laku4n-lakuan itu.
Rujukan
2. Buku Panduan Kursus Latihan Asas Pemandu Pelancong, 1989. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia.
3. Becker, H.S., 1970. Sociological Work: Method and Substance. Chicago: Aldine.
4. Hymes, Dell., 1972. "Models of the Interaction of Language and Social Life" dlm. John Gumperz dan Dell Hymes (ed.), 1972. Directions in Sociolinguistics: The Ethnography of Communication. New York: Holt, Rhinehart and Win-ston.
5. Labov, William, 1970. "The Study of Language in Its Social Context" dim. William Labov. 1972. Sociolinguistics Patterns. Oxford: Basil Blackmwell.
6. Marga, Kreckel, 1981. Communicative Acts and Shared Knowledge in Natural Discourse. London: Academic Press Inc.
7. Ong Lok Tik, 1998. "An Ethnographic Study of the Language of Tourist Guides in Malaysia". Tesis Sarjana Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Universiti Malaya.
8. Saville-Troike, Muriel, 1985. "The Place of Silence in an Integrated Theory of Communication" dlm. Deborah Tannen dan Muriel Saville-Troike (ed.), Perspectives on Silence. Jew Jersey: Ablex, him. 3-18, 1985.
9. Saville-Troike, Muriel, 1989. The Ethnography of Communication: An Introduction (Edition 2). Oxford: Blackwell Publishers.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.