Pemerkasaan Pelaksanaan Sulh dalam Kes Tuntutan Hartanah Orang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia

  • Wan Azimin Wan Adnan Universiti Malaya
  • Ahmad Hidayat Buang Universiti Malaya

Abstract

Sulh telah menjadi alternatif kepada proses litigasi sejak tahun 2002 di Malaysia. Dalam kes yang melibatkan tuntutan hartanah, mahkamah syariah menghadapi beberapa cabaran semasa pelaksanaan sulh. Punca utama cabaran ini ialah bidang kuasa yang terhad, di samping isu pentadbiran yang lain. Penulisan ini dilakukan dengan objektif untuk menganalisis kaedah pelaksanaan sulh di mahkamah syariah dari aspek hartanah di mahkamah syariah. Kajian ini juga mengemukakan saranan penambahbaikan bagi pemerkasaan penyelesaian kes secara sulh di mahkamah syariah. Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif, iaitu data dikumpulkan menerusi kajian perpustakaan dan temu bual dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan proses sulh. Data yang dikumpulkan seperti penghakiman kes dan temu bual dianalisis secara deskriptif kandungannya. Kajian ini mendapati cabaran pelaksanaan sulh berpunca daripada isu pentadbiran. Cabaran perundangan dan bidang kuasa yang terhad tidak banyak memberikan kesan terhadap pelaksanaan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak mahkamah menggunakan budi bicara untuk melaksanakannya secara fleksibel terhadap undang-undang dan peraturan termasuk prosedur sulh yang sedia ada mengikut kesesuaian. Perkara ini banyak bergantung pada komitmen dan kemahiran pegawai sulh terlatih dan berpengetahuan dalam aspek perundangan dan pengendalian kes. Bagi mengelakkan pertembungan antara peraturan dengan amalan yang berasaskan budi bicara, beberapa langkah penambahbaikan perlu dilakukan. Penambahbaikan ini melibatkan semakan dan penyelarasan undang-undang serta peraturan sulh sedia ada. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu memantapkan pelaksanaan sulh dalam bidang hartanah di mahkamah syariah, terutamanya melalui penambahbaikan tersebut.



Kata kunci: Sulh, hartanah, mahkamah syariah



Abstract
Sulh (settlement) has been used in Malaysia as an alternative to the litigation process since 2002. The Syariah courts face several challenges in carrying out sulh. The main cause of this challenge is limited jurisdiction in addition to other administrative issues. The present study was conducted with the objective to analyse the method of application of sulh concerning real estate in the Syariah courts. This study also suggests improvements to improve the application of sulh for case resolution in the Syariah courts. This is a qualitative study, whereby data was collected through library research and interviews with parties directly involved in the sulh process. The data collected, such as case judgments and interviews, was analysed using a descriptive content analysis. This study found that problems concerning the sulh process are the result of administrative issues, while legal challenges and limited jurisdiction do not have much impact on sulh implementation. This is because the courts use their discretion and implement sulh with flexibility in line with laws and regulations, as well as existing sulh procedures where necessary. Much depends on the commitment and skills of sulh officers who are trained and knowledgeable in legal and case management aspects. To avoid a clash between the rules and discretionary practices, some improvement measures are required. These improvements involve the revision and coordination of existing laws and sulh regulations. An implication of this this study is that it can help strengthen the application of sulh in matters concerning real estate in the Syariah courts, especially with the said improvements.



Keywords: sulh, real estate, Syariah Courts

Author Biography

Ahmad Hidayat Buang, Universiti Malaya

Professor, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam.

Published
2021-01-07
How to Cite
ADNAN, Wan Azimin Wan; BUANG, Ahmad Hidayat. Pemerkasaan Pelaksanaan Sulh dalam Kes Tuntutan Hartanah Orang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 131-158, jan. 2021. ISSN 2682-8057. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/7956>. Date accessed: 06 aug. 2021. doi: https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no6.