Kaedah Penyelesaian Pertikaian di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia: Satu Kajian Lapangan

  • Zalina Zakaria Universiti Malaya
  • Nadiatul Husna Mohd Amin Universiti Malaya
  • Mohd Zaidi Daud Universiti Malaya

Abstract

Pelbagai perundangan pengguna telah dikuatkuasakan oleh kerajaan bertujuan untuk memberikan perlindungan terbaik kepada pengguna di Malaysia. Perundangan pengguna tersebut termasuklah penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang diwujudkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan perlindungan sebaik mungkin kepada pengguna akan hak mereka. Namun begitu, terdapat beberapa isu yang timbul berkenaan dengan TTPM, antaranya termasuklah isu bidang kuasa TTPM yang terhad serta ketidakfahaman pengguna tentang peranan dan fungsi bahawa TTPM sebagai medium tebus rugi bagi mereka. Bagi memenuhi objektif ini, kajian ini menggunakan kaedah metodologi kualitatif bagi mengumpulkan maklumat dengan cara temu bual dan pemerhatian yang dijalankan di TTPM. Kajian ini mendapati bahawa TTPM telah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan landasan bagi tuntutan pengguna. Kewujudan TTPM sebagai medium perlindungan pengguna di Malaysia perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pengguna. Sungguhpun begitu, peranan dan fungsi TTPM perlu dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik. Artikel ini juga mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak berkaitan untuk meningkatkan perlindungan pengguna di negara ini, dan TTPM khususnya.



Kata kunci: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, tuntutan, remedi



Abstract
The Malaysian government has enforced numerous consumer protection policies as a measure to provide consumers with the best consumer protection. This includes the establishment of the Tribunal for Consumer Claims Malaysia (TTPM), which was established under the Consumer Protection Act 1999. The aim was to ensure consumers receive the best protection of their rights. However, numerous issues have been highlighted, such as the TTPM’s limited jurisdiction followed by inadequate understanding of consumers concerning the role and function of TTPM as a platform for remedial claims. Aiming to address the objectives of this research, the current study employed a qualitative approach to gather information by way of interview and observation. This study finds that the TTPM plays a very important role in providing a platform for remedial claims for consumers in Malaysia. The existence of the TTPM as a medium for consumer protection should be well-exploited as it benefits consumers. However, the roles and functions of the TTPM should be further developed. Thus, it is recommended that the relevant parties take steps to improve consumer protection rights in this country, in particular involving the TTPM.



Keywords: Tribunal for Consumer Claims Malaysia, claim, remedy

Published
2021-01-07
How to Cite
ZAKARIA, Zalina; MOHD AMIN, Nadiatul Husna; DAUD, Mohd Zaidi. Kaedah Penyelesaian Pertikaian di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia: Satu Kajian Lapangan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 159-184, jan. 2021. ISSN 2682-8057. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/8018>. Date accessed: 06 aug. 2021. doi: https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no7.