Talak Taklik Menurut Fiqah: Analisis Pelaksanaannya dalam Undang-Undang Keluarga Islam serta Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

  • Miszairi Sitiris International Islamic University Malaysia
  • Mustafa Mat Jubri @ Shamsuddin International Islamic University Malaysia
  • Mohamad Sabri Zakaria International Islamic University Malaysia
  • Mohd Na'im Mokhtar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Abstract

Artikel ini mengkaji hikmah di sebalik pensyariatan talak taklik, hukum serta syarat yang ditetapkan menurut pandangan ulama, di samping bentuk atau jenis taklik yang ada dalam syariah Islam. Artikel ini juga cuba melihat pengamalan taklik di Malaysia serta peruntukan yang ada dalam Undang-Undang Keluarga Islam serta Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berkaitan dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi menyabitkan penceraian secara taklik. Kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan perpustakaan terhadap penulisan ulama terdahulu dari pelbagai mazhab fikah yang muktabar serta kajian teks terhadap peruntukan undang-undang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Hasil kajian mendapati bahawa lafaz taklik rasmi bagi setiap negeri adalah berbeza, yang menjadikan kesan terhadapnya juga berbeza. Penulis mendapati terdapat kewajaran untuk menilai semula amalan pembacaan lafaz taklik rasmi selepas akad nikah. Di samping itu, pensabitan perceraian secara lafaz taklik adalah lebih rumit jika dibandingkan dengan talak biasa.



Kata kunci: Talak taklik, Undang-Undang Keluarga Islam, Malaysia, lafaz taklik



Abstract
This article studies the hidden wisdom behind the pronouncement of conditional divorce, the rules and conditions prescribed by the jurists, as well as the forms and types of ta’līq in shariah law. This article also seeks to look at the practice of ta’līq in Malaysia as well as provisions under Islamic family law in Malaysia, as well as the Practice Direction issued by the Department of Syariah Judiciary Malaysia. The study employed library research to expound the opinions of earlier jurists from various schools of Islamic jurisprudence, and textual studies on the provisions of law related to the issue concerned. The study found that the wording of the official pronouncements of ta’līq varies from state to state, hence the consequences can also differ. The researcher is of the view that the practice of pronouncing ta’līq after the solemnization of a marriage contract should be reviewed. It needs to be said that the validation of a divorce by ta’līq is a more complicated process than an ordinary divorce.



Keywords: Conditional divorce, Islamic Family Law, Malaysia,word of stipulation

Published
2021-01-07
How to Cite
SITIRIS, Miszairi et al. Talak Taklik Menurut Fiqah: Analisis Pelaksanaannya dalam Undang-Undang Keluarga Islam serta Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 97-130, jan. 2021. ISSN 2682-8057. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/8020>. Date accessed: 06 aug. 2021. doi: https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no5.