Hak Orang Asal Berkaitan dengan Pengambilalihan Tanah: Kajian Perbandingan antara Malaysia dengan Filipina

(Rights of the Indegenous Peoples Related to Land Acquisition: A Comparative Analysis between Malaysia and the Philiphines)

  • Nur Syafiqah Izzati binti Zahari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rohaida Nordin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norainina Shariful Anuar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norizan Abdul Samad Uthayasoorian Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Orang asli di Semenanjung Malaysia berada dalam kedudukan yang kurang baik jika dibandingkan dengan masyarakat majoriti lain di Malaysia. Mereka sering menghadapi masalah pencerobohan tanah adat yang didiami sejak sekian lama dan perkara ini menimbulkan kebimbangan kerana tanah yang merupakan sumber yang amat penting demi kelangsungan hidup. Maka, isu peruntukan hak tanah adat yang tidak jelas, isu pengambilan tanah adat orang asli yang tidak mengikut prosedur yang betul, isu pampasan tanah adat selepas pengambilalihan adalah antara punca masalah yang dialami oleh orang asli. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kedudukan hak tanah orang asli di Semenanjung Malaysia menurut undang-undang, menerangkan prosedur pengambilan tanah yang dilakukan menurut peruntukan undang-undang dan melakukan perbandingan antara sistem pengambilalihan tanah orang asli di Semenanjung Malaysia dengan orang asal di Filipina. Dengan menggunakan pendekatan doktrinal. Perbandingan, kajian ini dijangka akan menambah pengetahuan mengenai hak tanah dan pengambilalihan tanah orang asli di Semenanjung Malaysia dan seterusnya membantu pengubal undang-undang untuk melakukan pindaan terhadap polisi dan undang-undang sedia ada bagi memastikan perlindungan terhadap hak orang asli pada masa akan datang.


Kata kunci: Orang asli, hak tanah adat, pengambil alihan, prosedur, perbandingan


Abstract
The Orang Asli are in a precarious position compared to other majority groups in Peninsular Malaysia as their customary land rights are continuously infringed upon. This is worrying because land is a vital part of the Orang Asli livelihood. Several issues regarding the provisions of native land rights, acquisition of Orang Asli ancestral land not in line with correct procedure, and issues concerning compensation for any acquisition of ancestral land are the main problems faced by the Orang Asli. Hence, the main objective of this research is to examine the legal rights of the Orang Asli to their ancestral land in Peninsular Malaysia, to throw light on the correct procedure of acquisition of such according to legal provisions, and to compare and contrast acquisition of native ancestral land in Peninsular Malaysia to that in the Philippines. Through a doctrinal and comparative approach, this research hopes to enhance knowledge regarding Orang Asli customary rights to land and land acquisition in Peninsular Malaysia, as well as to aid law-makers to reform existing laws and policies in order to ensure protection of Orang Asli rights in the future.


Keywords: Orang Asli, customary land rights, procedure for extinguishment, compare

Published
2021-01-07
How to Cite
BINTI ZAHARI, Nur Syafiqah Izzati et al. Hak Orang Asal Berkaitan dengan Pengambilalihan Tanah: Kajian Perbandingan antara Malaysia dengan Filipina. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 1-28, jan. 2021. ISSN 2682-8057. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/8047>. Date accessed: 06 aug. 2021. doi: https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no1.