Keabsahan dan Pemakaian Arahan Amalan dalam Pentadbiran Kehakiman dari Perspektif Undang-Undang Syariah dan Sivil: Suatu Perbandingan

  • Zubaidi Sulaiman Universiti Malaya
  • Ahmad Hidayat Buang Universiti Malaya

Abstract

Arahan Amalan telah diperkenalkan di mahkamah sivil sejak tahun 1946 dan di mahkamah syariah bermula pada tahun 2000 hasil daripada adaptasi terhadap Arahan Amalan yang diguna pakai di mahkamah sivil. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan keabsahan dan kedudukan Arahan Amalan serta membandingkannya dari aspek peruntukan undang-undang dan pemakaian antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan mengaplikasikan instrumen analisis kandungan terhadap peruntukan undang-undang dan laporan kes selain menggunakan kaedah temu bual. Kajian ini mendapati asas pemakaian Arahan Amalan adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Namun begitu, terdapat perbezaan kedudukan dan pemakaian Arahan Amalan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil, iaitu dari sudut punca kuasa, pihak yang berautoriti mengeluarkan Arahan Amalan, penguatkuasaan dan status serta penerbitan Arahan Amalan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan dan maklumat berguna kepada pihak JKSM dan JKSN untuk menilai semula dan meminda undang-undang sedia ada atau membentuk kaedah-kaedah Arahan Amalan untuk memastikan Arahan Amalan yang diguna pakai di Mahkamah Syariah adalah sah dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak.



Kata kunci: Arahan amalan, pentadbiran kehakiman, mahkamah syariah, mahkamah sivil, undang-undang syariah, undang-undang sivil, kaedah arahan amalan


Abstract
Practice Directions have been introduced in the civil courts since 1946, and an adaptation of these was introduced in the Syariah courts in 2000. This article aims to explain the validity and position of the Practice Directions, as well as to compare these in terms of of legal provisions and application in the Syariah and civil courts. This research is a qualitative study involving library research (analysis of provisions of relevant laws and case reports), supplemented with interviews. It is found that Practice Directions were applied based on the provisions of the laws in force. However, there are differences in the position and application of Practice Directions between the Syariah courts and the civil courts in terms of source of authority, the authorities issuing the Practice Directions, enforcement and status, as well as the publication of Practice Directions. This study may serve as a guideline for JKSM and JKSN to re-evaluate and amend existing laws, or to form methods for Practice Directions for the courts to ensure that the ones used are valid and cannot be challenged by any party.


Keywords: Practice Directions, judicial administration, Syariah court, civil court, shariah law, civil law, practice direction methods

Published
2021-01-07
How to Cite
SULAIMAN, Zubaidi; BUANG, Ahmad Hidayat. Keabsahan dan Pemakaian Arahan Amalan dalam Pentadbiran Kehakiman dari Perspektif Undang-Undang Syariah dan Sivil: Suatu Perbandingan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 29-50, jan. 2021. ISSN 2682-8057. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/8064>. Date accessed: 06 aug. 2021. doi: https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no2.