Hak Pemeliharaan Anak bagi Mualaf: Konflik Undang-Undang di Malaysia

  • Redwan Yasin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noor Aziah Mohd Awal Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurhafilah Musa Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pertikaian hak pemeliharaan anak dalam kalangan mualaf yang memeluk agama Islam dan mempunyai rekod pendaftaran perkahwinan di bawah akta sivil di Malaysia sering menjadi perbincangan. Semenjak awal akta ini dikuatkuasakan, permasalahan yang timbul adalah berkaitan dengan ketergantungan hak oleh pasangan mualaf yang memeluk Islam kerana tidak mempunyai hak untuk memfailkan tuntutan perceraian di bawah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) terutamanya yang melibatkan Seksyen 3 dan Seksyen 51 akta tersebut. Namun demikian, pada tahun 2017 pindaan undang-undang telah dilakukan terhadap kedua-dua peruntukan tersebut bagi menyelesaikan kemelut perundangan yang timbul dan mewujudkan undang-undang yang lebih efisien. Oleh yang demikian, penulisan artikel ini bertujuan untuk membandingkan konsep hadanah undang-undang Islam dan hak pemeliharaan anak menurut undang-undang sivil di Malaysia. Analisis dilakukan terhadap faktor berlakunya konflik yang sering kali terjadi dan menjelaskan implikasi pindaan 2017 (Akta 164) terhadap prosedur permohonan hak pemeliharaan anak pasangan mualaf. Kaedah kajian kepustakaan digunakan bagi mengumpulkan data untuk dianalisis mengikut kaedah analisis kandungan. Hasil penulisan menunjukkan bahawa pindaan undang-undang yang dilakukan berpotensi untuk menyelesaikan isu perceraian mualaf yang sebelum ini terikat dengan perkahwinan sivil tanpa sebarang hak untuk memohon petisyen. Pindaan ini juga mampu memberikan ruang keadilan kepada kedua-dua belah pihak untuk memohon hak pemeliharaan anak setelah urusan perceraian berjaya diselesaikan di bawah mahkamah sivil. dalam hal ini prinsip kebajikan anak tetap perlu menjadi keutamaan dalam setiap keadaan, bukan sekadar perdebatan tentang hak ibu atau bapa yang berstatus mualaf semata-mata.
Kata kunci: Hak pemeliharaan anak, mualaf, undang-undang islam, undang-undang sivil


Abstract
In Malaysia, disputes concerning custody rights are among the frequently-debated topics in cases of conversion to Islam, if it involves a marriage previously registered under civil law. Since coming into force, a frequent issue that has arisen is the rights of convert spouses under the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (Act 164), specifically Sections 3 and 51, as the muallaf (convert to Islam) does not have the right to petition for dissolution of marriage under this Act. However, in 2017, amendments were made to this Act to bring about better and more efficient resolutions to any legal issues arising in such matters. Therefore, this article aims to compare the concept of hadhanah (care and protection of children) in Islamic law with custody rights under Malaysian civil law. The factors that frequently give rise to conflict were analysed, as well as the implications of the 2017 amendments (Act 164) concerning the application procedure for custody rights of convert spouses. Library research was employed to collect data for content analysis. The findings show that the amendments are able to aid in resolving issues concerning divorces of converts who were previously bound to a civil marriage without the right to petition for dissolution. The amendment also allows both spouses the right to apply for custody of a child after their divorce has been finalized by the civil court. The study further recommends that in such cases, child welfare, and not the rights of the converted parent, should be the main concern at all times.


Keywords: Child custody, Muallaf, Islamic law, civil law

Published
2021-01-07
How to Cite
YASIN, Redwan; MOHD AWAL, Noor Aziah; MUSA, Nurhafilah. Hak Pemeliharaan Anak bagi Mualaf: Konflik Undang-Undang di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, [S.l.], v. 33, n. 1, p. 51-78, jan. 2021. ISSN 2682-8057. Available at: <http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/8077>. Date accessed: 06 aug. 2021. doi: https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no3.