Migrasi Masyarakat Luar Dan Pengaruh Dialek Di Perak : Analisis Geolinguistik

(The Migration of Non-local Communities and Effects on Dialects in Perak: A Geolinguistic Analysis)

  • Siti Noraini Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zaharani Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pengaruh persempadanan negeri telah menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang rencam dengan pelbagai dialek mahupun subdialek. Perak bukan sahaja menerima pengaruh dialek luar melalui persempadanan, malahan migrasi masyarakat luar daripada lingkungan Tanah Melayu juga merencamkan lagi dialek Melayu di bahagian utara dan selatan negeri ini. Kajian ini menggunakan kaedah lapangan sepenuhnya, iaitu melibatkan sebanyak 58 buah kampung di lima daerah di Perak dengan menghuraikan faktor linguistik dan bukan linguistik atau ringkasnya geolinguistik dalam pemerhatian terhadap fenomena kerencaman dialek di Perak. Kajian ini juga mengaplikasikan teknologi GIS. Pengaplikasian GIS dilihat dapat menjelaskan lagi faktor reruang dalam penghijrahan masyarakat luar ke negeri Perak berdasarkan bukti-bukti data leksikal seperti 'air', 'saya', 'datuk', 'nenek', 'kamu', 'besar', 'anjing', 'betis' dan 'mentah' yang jelas memperlihatkan pengaruh daripada dialek Melayu Patani, dialek Banjar, dialek Jawa dan dialek Minang. Ditambah pula, keadaan geografi kawasan Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kerian, Hilir Perak dan Batang Padang yang memudahkan dan membuka ruang kepada masyarakat luar atau pendatang ini untuk datang membina petempatan di kawasan-kawasan ini. Ternyata kehadiran teknologi GIS telah memudahkan lagi penerangan mengenai penyebaran dialek di Perak. Faktor geografi, sejarah, ekonomi telah diintegrasikan dengan teknologi bagi mendapatkan penjelasan yang berpada tentang penyebaran dialek dengan lebih sistematik.


Kata kunci: migrasi, leksikal, dialek geografi, GIS, ruang (spatial)

Biografi Penulis

Siti Noraini Hamzah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Zaharani Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Abdul Halim Nasir. (1977). Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Negara:

Ajid Che Kob. (1985). Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ainur Syakirah Muhd Hissam. (2015). Dialek Banjar di kawasan Bagan Serai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS). (Latihan Ilmiah). Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Program Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2013). Geolinguistik dan migrasi:gambaran dalam sejarah Melayu. Kertas Kerja Seminar 400 Tahun Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins. J.T. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harun Mat Piah. (1969). Sistem bunyi dialek Rawa yang dituturkan dalam daerah Gopeng, Perak. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Harun Mat Piah. (1983). Dialek negeri Perak. Bengkel Kepimpinan dan Pengajian Kebudayaan Negeri Perak. 20-23 Oktober 1983: Ipoh.

Hoch, H dan Hayes, J.J. (2010). Geolinguistics: the incorporation of geographic information systems and science. Gamma theta upsilon dlm. The Geographical Bulletin 51(1): 23-36.

Hudson, A. B. (1967). The Barito Isolects Of Borneo: A Classification Based On Comparative Reconstruction And Lexicostatistics. Ithaca: Cornell University.

Ismail Hussein. (1973). Malay dialects in Malay Peninsula. Nusantara 3, 63-79.

Khazin Mohd Tamrin. (1978). Penghijrahan Orang Jawa di Selangor (Tesis Sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khazin Mohd Tamrin. (1984). Orang Jawa di Selangor: penghijrahan dan penempatan 1880-1940. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malim Ghazali PK. (2011). Kampung-kampung tersohor: di sepanjang sungai Perak. Ipoh: Institut Darul Ridzuan..

Mohamed Salleh Lamry. (2012). Orang Banjar di Malaysia: Perubahan Sosial dan Identiti. Prosiding KABOKA 6 Konferensi Antaruniversiti Se Borneo-Kalimantan Ke-6. 23-24 Mei 2012. Universitas Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Mokhtar Jaafar. (2012). Keberkesanan GIS sebagai alat bantu mengajar konsep asas geografi kepada pelajar bukan geografi. Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space 8 (3), 82-92.

Nor Asyikin Mat Naib. (2014). Penyebaran pengaruh bahasa Minang di Batang Padang: Analisis Geographical Information System (GIS) (Latihan Ilmiah). Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Program Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nordin Razak. (2010). Perkembangan bahasa Melayu dan kosa kata. Pasir Mas: Pustaka Sukses.

Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi, Mustafa Omar dan Mokhtar Jaafar. (2013). Lexical Variations in Perak Dialect. Seminar Southeast Asian Linguistics, Chulalongkorn Universiti, Bangkok.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Penyelidikan Multidisiplin: Mensejagatkan Bahasa Melayu Di Pentas Dunia. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 8(1) 137-160.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2015). Migrasi masyarakat luar di selatan Perak: Aplikasi GIS. Proceeding International Conference, Padjadjaran University, Bandung.

Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Sanit, Zaharani Ahmad dan Harishon Radzi. (2016). Variasi Kata Ganti Nama Dialek Di Pesisir Sungai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS). GEMA OnlineĀ® Journal of Language Studies 16(1), 106-123.

Nuwairi. (2003). Dialek: Taburannya di negeri Perak daripada perspektif dialektologi. Jurnal Pengajian Melayu 13, 88-99.

Onishi, T. (2010). Analyzing dialectological distributions of Japanese. Dialectologia Special issue I, 123-135.

Raja Chulan Raja Abdul Hamid. (1992). Misa Melayu. Edisi Keenam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Rohani Yusof. (1986). Dialek geografi Kuala Kangsar: Suatu kajian perbandingan (Tesis Sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ruslan Uthai. (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin dan Zaharani Ahmad. (2014). Variasi Dialek Melayu di Perak Utara: Analisis Geolinguistik. Jurnal Linguistik 18(2), 30-46.

Teerarojanarat, S dan Tingsabadh, K. (2010). A GIS-based approach for dialect boundary studies. Jurnal Dialectologia of Universitat de Barcelona 6, 55-75.
Telah diterbitkan
2017-09-08
Bagaimana untuk memetik sitasi
Hamzah, S., Jalaluddin, N., & Ahmad, Z. (2017). Migrasi Masyarakat Luar Dan Pengaruh Dialek Di Perak : Analisis Geolinguistik. Jurnal Bahasa, 17(1), 1-34. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/1166/1410

Kata Kunci

migrasi, leksikal, dialek geografi, GIS, ruang (spatial)