Bentuk dan Kedudukan Kata Tanya Dialek Perak Utara: Satu Huraian Deskriptif

(The Nature and Status of Question Words in The Northern Perak Dialect: A Descriptive Analysis)

  • Sakinah Nik Muhammad Naziman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Dialek Perak dituturkan dari Kuala Kangsar, Perak Tengah dan seterusnya ke Perak Hilir. Walaupun tiga dialek ini mempunyai persamaan dan dikategorikan dalam satu dialek, iaitu dialek Perak, setiap dialek ini mempunyai subdialek masing-masing. Makalah ini memfokuskan penghuraian secara deskriptif tentang dialek Perak bahagian utara, iaitu untuk mengenal pasti bentuk dan kedudukan kata tanya dalam dialek Perak Utara. Kaedah kajian lapangan digunakan untuk mendapatkan data daripada responden di kawasan kajian, iaitu Kampung Sayong Lembah dan Kampung Simpang Melembu. Kajian ini mendapati bahawa bentuk kata tanya dialek Perak Utara ini walaupun berbeza daripada bahasa Melayu standard, masih dapat difahami oleh masyarakat Melayu yang lain. Perbezaan yang ketara ialah kata tanya ini mempunyai tiga kedudukan, iaitu pada awal, tengah dan akhir ayat. Kedudukan yang pelbagai ini menunjukkan bahawa kata tanya dalam dialek Perak Utara bersifat variasi.


Kata kunci: kata tanya, dialek, Perak Utara, sintaksis, deskriptif

Biografi Penulis

Sakinah Nik Muhammad Naziman, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Ahmad Khair Mohd. Nor. "Ayat Tanya" dlm. Pelita Bahasa, hlm. 22-23, Disember 2002

Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Harishon Radzi. 2011. "Kata Tanya Bila Dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis" dlm. GEMA Online™ Journal of Language Studies 11:1, hlm. 69-80, 2011.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan dan Nurulafiqah Suhaimi, "Kata Soal dalam Dialek Kedah dlm. GEMA Online™ Journal of Language Studies. 12:2, hlm. 475 - 93, 2012.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan dan Norasmira Noordin, "Kata Tanya 'mana' dalam Dialek Pulau Pinang dalam Program Minimalis" dlm. Jurnal Bahasa 12:1, hlm. 87-103, 2012 .

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Nurulafiqah Suhaimi, "Sintaksis Kata Tanya 'Sapa' dalam Dialek Kedah" dlm. GEMA Online™ Journal of Language Studies 13:1, hlm. 43- 59, 2013.

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Shahidan, 2005. Dialek Utara Semenanjung dalam Pantun. Pelita Bahasa November: 44-45.

Ong Ching Guan, 2009. Kuasai Struktur ayat BM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, 1986. Dialek Perak. Perak: Yayasan Perak.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wong Bee Eng, 2009. Wh-Questions in Malay: An Explanation for the Restriction of Extraction to Subject Position with Yang. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Telah diterbitkan
2018-10-18
Bagaimana untuk memetik sitasi
Nik Muhammad Naziman, S., & Mohamed Sultan, F. (2018). Bentuk dan Kedudukan Kata Tanya Dialek Perak Utara: Satu Huraian Deskriptif. Jurnal Bahasa, 16(2), 253-274. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4242/1405