Gaya Pembelajaran Kanak-kanak Lembam dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

(The Learning Styles of Slow Learners in Malay Language)

  • Puteri Roslina Abdul Wahid Universiti Malaya
  • Nur Azimah Bukhari Universiti Malaya

Abstrak

Makalah ini membincangkan gaya pembelajaran kanak-kanak lembam yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah di Kelantan. Tulisan ini merupakan dapatan kajian kes. Pemilihan kanak-kanak adalah berdasarkan laporan pakar perubatan yang mengesahkan bahawa lima kanak-kanak yang dipilih mengalami masalah lembam dalam pembelajaran dan ditempatkan di bawah seliaan PPKI. Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur dan ujian. Dapatan kajian mendapati tiga gaya pembelajaran, iaitu visual sebanyak 77 peratus, auditori 52 peratus dan kinestetik 65 peratus telah diterapkan oleh kanak-kanak lembam. Gaya pembelajaran yang paling dominan dalam kalangan kanak-kanak lembam ialah gaya pembelajaran visual. Kanak-kanak lembam dapat menguasai kefahaman bahasa Melayu dari aspek huruf dan suku kata, tetapi penguasaan perkataan adalah pada tahap sederhana khususnya bagi membaca dan menulis.


Kata kunci: gaya pembelajaran, pembelajaran bahasa, kanak-kanak lembam, bahasa Melayu

Biografi Penulis

Puteri Roslina Abdul Wahid, Universiti Malaya
Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu
Nur Azimah Bukhari, Universiti Malaya
Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu

Rujukan

Abbas Pourhossein Gilakjani, "Visual, Auditory, Kinesthetic Learning Style and Their Impacts on English Language Teaching" dlm. Journal of Studies in Education 2 :1, hlm. 104-13, 2012

Baharom Mohamad & Iliyas Hashim, 2010. Gaya Pengajaran & Pemelajaran. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Barbara Prashning, 1998. The Power of Learning Styles: Memacu anak Melejitkan Prestasi dengan Mengenali Gaya Belajarnya. Diterjemah daripada The Power of Diversity: New Ways of Learning and Teaching through Learning Styles. Bandung: Mizan Media Utama.

Dunn, R., Dunn K. & Price, G.E., 1985. Learning Styles Inventory (LSI): An Inventory for the Identification of How Individuals in Grades 3 through 12 Prefer to Learn. Lawrence, KS: Price Systems.

Giremli, Jack, "Tuned in to Learning Styles" dlm. Music Educators Journals 83, 24, 1996.

Gunawan, Adi W., 2006. Genius Learning Strategy. Jakarta: Pustaka Utama.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005. Pendidikan "Memartabatkan Kecemerlangan Pendidikan Negara. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Noltemeyer, A., Joseph, L. M., & Watson, M., "Improving Reading Prosody and Oral Retell" dlm. Reading Improvement 51:2, hlm. 221-32, 2014.

Noraini Mohad Dom, 2012. "Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Lembam". Kertas Projek Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rashmi Rekha Borah, "Slow Learners: Role of Teachers and Guardians in Honing their Hidden Skills" dlm. International Journal of Educational Planning & Administration 3:2, hlm. 139-43, 2013.

Tengku Asmadi T. Mohamad, 2007. Motivasi Alihan Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd.

Udeani. U & Okafor. P.N, "The Effect of Concept Mapping Instructional Strategy on the Biology Achievement of Senior Secondary School Slow Learners" dlm. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy Studies (JETERAPS) 3:2, hlm. 137-42, 2012.
Telah diterbitkan
2018-10-18
Bagaimana untuk memetik sitasi
Abdul Wahid, P., & Bukhari, N. (2018). Gaya Pembelajaran Kanak-kanak Lembam dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 16(2), 323-348. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4246/1409