Percampuran Kod dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Cina: Analisis Pragmatik

(Code-Mixing in Malay Composition-Writing Among Chinese Pupils: A Pragmatic Analysis)

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Adriana Santa Anak Tinggom Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini berkaitan dengan penukaran kod dalam karangan Bahasa Melayu pelajar Cina dari aspek pragmatik. Kajian ini melihat dua aspek, iaitu mengenal pasti kesalahan bahasa Melayu dalam karangan pelajar Cina, menganalisis data kesalahan dan menghuraikan aspek percampuran kod bagi menyampaikan mesej pelajar dari perspektif pragmatik dengan menggunakan konsep rangka rujuk silang. Kajian telah dilakukan di sebuah pusat tuisyen pelajar Cina. Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa antara kesalahan yang sering kali dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan karangan Bahasa Melayu ialah kekeliruan penggunaan imbuhan, kesalahan kosa kata, kesalahan penggunaan kata ganti nama diri dan juga kesalahan umum seperti penggunaan singkatan dalam ayat dan kesalahan penggunaan kata sendi nama. Dari aspek percampuran kod pula, konsep rangka rujuk silang telah digunakan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh pelajar. Analisis percampuran kod ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu penukaran kod selain kata nama dan kedua ialah kata nama. Hasil kajian mendapati bahawa, walaupun mengalami penukaran kod, iaitu L1(bahasa Cina ) dan juga L3 (bahasa Inggeris) dalam satu konstruksi ayat, mesej dapat difahami dengan bantuan konsep rangka rujuk silang.


Kata kunci: percampuran kod, pelajar Cina, kerangka teoretis, pragmatik, rangka rujuk silang.

Biografi Penulis

Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Adriana Santa Anak Tinggom, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Rujukan

Farid M.Onn, Ajid Che Kod & Ramli Salleh. 1987. Penukaran Kod dan Refleksi Sosial dalam Masyarakat Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Hazlina Abdul Halim, "Pengaruh Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam Strategi Penukaran Kod Bahasa Perancis" dlm. Journal of Language Studies 12:12, hlm. 693-709, 2012.

http://www.slideshare.net/fatimagul102/code-mixing-and-code-switching? (Capaian 20 April 2016).

http://www.cambridge.org. Pieter Muysken, Bilingual Speech: A Typology of Code-Mixing. Cambridge University Press (capaian 25 April 2016).

Kempson, R., 1986. "Ambiguity and the Semantics-Pragmatics Distinction" dlm. Travis, C (ed.). Meaning and iInterpretation. Oxford: Blackwell

Mohan. et al., "Sociolinguistic Competence and Malaysian Students' English Language Proficiency" dlm. Canadian Center of Science and Education 3:3, hlm. 145- 51, 2010.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2008. "Kata bilangan bahasa Melayu" dlm. Zaharani Ahmad (ed.). Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah, "Penelitian Makna Imbuhan Pen- dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Rangka Rujuk Silang" dlm. GEMA Online 9:2, hlm. 57-72, 2009.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2013. "Manglish dalam Konstruksi Kreatif Pelajar Luar Bandar: Isu dan Cabaran" dlm Nor Hashimah Jalaluddin et al. Linguistik dan Literasi Bahasa Inggeris. Bangi: Penerbit UKM.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2014. Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi. Penerbit UKM.

Nurul Huda & Nor Hashimah, 2012. "Pengelasan Semula Makna Imbuhan Men dengan Kata Adjektif Warna: Analisis Teori Relevans" dlm. ICOSH 11-12 Disember. Bangi: UKM.

Paramasivam Muthusamy, 2009. Communicative Functions and Reasons for Code-Switching: A Malaysian Perspective. Tesis Dr. Fal. Universiti Putra Malaysia.

Sperber, D. & Wilson, D., 1995. Relevance: Communication and Cognition. Oxford: Basil Blackwell.

Suthanthiradevi, 2003. Bahasa Melayu Pertuturan dalam Komunikasi Pelajar India. Maktab Perguruan Teknik Malaysia.
Telah diterbitkan
2016-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Jalaluddin, N., & Tinggom, A. (2016). Percampuran Kod dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Cina: Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa, 16(1), 74-93. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4250/1391