Pembentukan Kependekan Kata Nama Melayu

(The Formation of Malay Names Truncation)

  • Sharifah Raihan Syed Jaafar Pusat Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan proses morfologi pemendekan kata nama khas Melayu. Kajian ini menggunakan data primer yang dikutip daripada pemerhatian yang dilakukan di sekitar Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik dan juga menerusi laman sosial Facebook. Nama khas yang diperoleh terdiri daripada nama khas dalam kalangan pelajar. Penelitian berfokus kepada proses pembentukan kata nama pendek yang terhasil daripada kata nama penuh. Analisis dilakukan untuk meneliti proses pembentukan pemendekan kata nama Melayu berdasarkan pendekatan yang dikenali sebagai templat berdasarkan morfem dalam teori prosodi morfologi yang telah dibangunkan dalam teori optimaliti. Dapatan daripada analisis ini dapat menjelaskan bagaimana proses pemendekan disilabik dan monosilabik berlaku dalam bahasa Melayu.


Kata kunci: Melayu, pemendekan kata nama, prosodi morfologi, templat berdasarkan morfem, optimaliti

Rujukan

Alber B., 2010. "An Exploration of Truncation In Italian" dlm. Rutgers Working Paper in Linguistics 3, hlm. 1-30. New Brunswick.

Avram A., "Japanese and English Name Truncations" dlm. Bucharest Working Papers in Lingustics, 2010.

Batibo, H. M, & Rottland, F., "The Minimality Condition in Swahili Word Forms" dlm. AAP 29, hlm. 89-110, 1992.

Cohn, A. 2003. "Truncation in Indonesian and the Minimal Word" dlm. Papers from ISMIL 7.

Downing L. J., 2006. Canonical Forms in Prosodic Morphology. Oxford: Oxford University Press.

Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: University Kebangsaan Malaysia.

Lipski J. M., 1995. Spanish Hypocoristics: Towards A Unified Prosodic Analysis. Hispanic Linguistics. The Prisma Institute.

Nik Safiah Karim, Farid Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 2011. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ito, Junko, "Prosodic minimality in Japanese" dlm. Proceedings of CLS 26, ii: Parasession on the Syllable in Phonetics and Phonology, 213-39, 1990.

Ito J. & Mester A., 1997. "Sympathy Theory and German Truncations" dlm. B. Moren & V. Miglio (eds). University of Maryland Working Papers in Linguistics 5. University of Maryland.

Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thornton, Anna M., "On Some Phenomena of Prosodic Morphology in Italian: Accorciamenti, Hypocoristics and Prosodic Delimination" dlm. Probus 8, hlm. 81-112, 1996.

Weeda, Donald Stanton, 1992. "Word Truncation in Prosodic Morphology". Ph.D Disertasi, University of Texas-Austin.

Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zaharani Ahmad, "Penggandaan Separa Bahasa Melayu: Suatu Analisis Aotusegmental" dlm. Jurnal Dewan Bahasa 44:7, hlm. 722-36, 2000.
Telah diterbitkan
2015-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Syed Jaafar, S. (2015). Pembentukan Kependekan Kata Nama Melayu. Jurnal Bahasa, 15(2), 219-236. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4265/1397