Aspek Metafora dalam Rentong dan Srengenge: Analisis Kaedah Penterjemahan dan Pemindahan Makna

(Metaphors in Rentong and Srengenge: An Analysis of Translation Methods and the Transfer of Meaning)

  • Abdul Rahman Mandali Universiti Sains Malaysia
  • Hasuria Che Omar Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan aspek pemindahan makna dalam penterjemahan metafora yang terdapat dalam dua teks kesusasteraan Melayu; iaitu Rentong dan Srengenge oleh Shahnon Ahmad, dan terjemahannya Rope of Ash dan Srengenge oleh Harry Aveling. Metafora, yang merupakan cara manusia membuat perbandingan mengenai dua domain yang tidak kongruen jika diteliti secara permukaan, berkait rapat dengan nilai, sistem konseptual, persekitaran dan pandangan dunia sesuatu budaya. Perbezaan aspek dalam budaya yang berbeza boleh menimbulkan masalah dalam penterjemahan. Dengan menggunakan kerangka teori metafora konseptual oleh Lakoff dan Johnson (1980), pendekatan penterjemahan berdasarkan makna oleh Larson (1984), kehilangan makna dalam penterjemahan oleh Newmark (1981) dan konsep ketidakbolehterjemahan oleh Catford (1969), makalah ini menganalisis struktur metafora hidup dan metafora mati, strategi penterjemahan yang digunakan untuk menterjemah kedua-dua bentuk metafora serta kesannya terhadap terjemahan yang dihasilkan dari segi makna. Pemerhatian menunjukkan bahawa, a) kebanyakan elemen metafora bahasa sumber telah diterjemahkan kepada pengertian tanpa dikekalkan struktur metaforanya; b) metafora bahasa sumber dikekalkan dalam metafora bahasa sasaran, dan pengekalan ini pada kebanyakan masanya dilihat sebagai kaedah terjemahan yang ideal.


Kata kunci: metafora, penterjemahan berasaskan makna, kehilangan makna dalam terjemahan, ketidakbolehterjemahan

Biografi Penulis

Abdul Rahman Mandali, Universiti Sains Malaysia

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Hasuria Che Omar, Universiti Sains Malaysia

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2001. Kamus Peribahasa Kontemporari. Pahang: PTS Publications.

Baker, M., 1992. In Other Words: A Coursebook on Translation. London:Routledge

Cameron, L. & Low, G., 1999. Researching and Applying Metaphor. Cambridge: Cambridge University Press.

Catford, J.C, 1996. Teori Linguistik Bagi Penterjemahan. Diterjemah oleh Uma a/p Iyavoo dan Koh Chung Gaik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dagut M.B., "Can Metaphor Be translated?" dlm. Babel: International Journal of Translation XXII:1, hlm. 21-33, 1976.

Glucksberg, S., 2001. Understanding Figurative Language. New York: Oxford University Press.

Hasuria Che Omar, Noriah Mohamad, Radiah Yusoff (ed.), 2009. Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II : Linguistik, Sastera dan Peradaban. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Imran Ho-Abdullah, 2012. "Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris)" dlm. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 125, 11:1, 2011.

Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Perisian Oxford Advanced Learner's Dictionary, 2005. 7th. Edition. Oxford University Press.

Lakoff, G. & Johnson, M., 1980. Metaphors We Live By. Chicago: University of Chicago Press.

Cambridge International Dictionary of Idioms. [Online] dlm. http://dictionary.cambridge.org/default.asp

Learn-english-today. [Online] dlm. http://www.learn-english-today.com/

Thesaurus.com. [Online]dlm. http://thesaurus.reference.com/

Larson M.L., 1984. Meaning Based Translation: A Guide to Cross-Language Equivalence. Lanham:University Press of America.

Lia Mohaini dan Noriah Mohammad, 2009. "Metafora Konseptual sebagai Bahasa Kiasan dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Korpus Leksikal 'Bulan' dan 'Bintang'" dlm. Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed dan Radiah Yusoff (ed.). Bahasa Verbal dan Bukan Verbal: Linguistik, Sastera dan Peradaban. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Melati Desa, 2014. "Analisis Penterjemahan Metafora daripada bahasa Jepun kepada Bahasa Melayu dalam Haiku ni Okeru Basho no Kokoro". Tesis MA Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (tidak diterbitkan).

Newmark, P., 1988. Approaches to Translation. UK: Prentice Hall International (UK) Ltd.

Newmark, P., 1981. Pendekatan Penterjemahan. Diterjemah oleh Zainab Ahmad dan Zaiton Ab. Rahman (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Newmark, P., 1988. Textbook of Translation. UK: Prentice Hall.

Nida, Eugene A. & Charles R. Taber, 1969. The Theory and Practice of Translation. Leiden: E.J Brill.

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin dan Zaharani Ahmad, "Peluasan Makna Alim: Analisis Semantik Kognitif" dlm. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies 457, 12:2, Mei 2012.

Nor Hashimah Jalaluddin, Mariati Mokhtar dan Zaharani Ahmad, 2014, "Imej Imej Wanita dalam Undang-Undang Melaka: Pembuktian Linguistik" dlm. GEMA Online Journal of Language Studies 203, 14:1, Februari 2014.

Ortony, A., 1993. Metaphor and Thought. Edisi kedua. Cambridge: Cambridge University Press.

Shahnon Ahmad, 1965. Rentong. Diulang terbit (1991). Petaling Jaya: Tempo Publishing.

Shahnon Ahmad, 1979. Rope of Ash. Diterjemah oleh Harry Aveling. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Shahnon Ahmad, 1973. Srengenge. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad, 1979. Srengenge. Diterjemah oleh Harry Aveling. Kuala Lumpur: Heinneman Educational Books (Asia) Ltd.
Telah diterbitkan
2015-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mandali, A., & Che Omar, H. (2015). Aspek Metafora dalam Rentong dan Srengenge: Analisis Kaedah Penterjemahan dan Pemindahan Makna. Jurnal Bahasa, 15(2), 237-266. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4266/1398