Analisis Deskriptif terhadap Struktur Frasa Kerja Bahasa Mendriq

(Descriptive Analysis on the Structure of Mendriq Verb Phrase )

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khairul Faiz Alimi Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini membahaskan jenis kata kerja yang wujud dalam bahasa Mendriq. Kajian ini menggunakan data primer yang dikutip daripada penutur natif bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang dituturkan oleh kaum orang asli Mendriq di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Bahasa moribund ini dituturkan oleh 245 orang penutur di sekitar tiga buah kampung, iaitu di Kampung Kuala Lah, Kampung Baru dan Kampung Kuala Stail. Kajian lapangan ini telah dijalankan di Kuala Lah selama enam bulan. Data dikumpulkan melalui kaedah bercerita yang diperoleh daripada sepuluh penutur natif bahasa Mendriq. Fokus penelitian pada frasa kerja bahasa Mendriq sahaja. Analisis yang dilakukan terhadap frasa kerja bahasa Mendriq hanya melibatkan analisis deskriptif, iaitu sejenis analisis yang akan menjelaskan data dengan terperinci. Analisis ini mendapati bahawa frasa kerja dalam bahasa Mendriq terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kedua-dua jenis kata kerja ini boleh diikuti oleh kata kerja bantu, yang dapat dibahagikan pula kepada kata kerja bantu modal dan kata kerja bantu aspek. Oleh itu, analisis deskriptif ini dapat menjelaskan dua jenis kata kerja dan dua jenis kata kerja bantu dalam bahasa Mendriq. Dapatan daripada analisis ini dapat dijadikan landasan untuk kajian secara teoritikal pada masa hadapan.


Kata kunci: Kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, Mendriq, bahasa moribund, kata kerja bantu

Biografi Penulis

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Khairul Faiz Alimi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Abdullah Hassan, 1993. Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arbak Othman, 1985. Belajar Tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf Hj. Abdul Wahab. "Mengenal Pelbagai Bentuk Kata Kerja" dlm. Pelita Bahasa 7:2, hlm. 30-33, 1995.

Benjamin, G., 1976. "Austroasictic Subgroupings and Prehistory in The Malay Peninsula" dlm. P.N. Jenner, L.C. Thompson and S. Starosta, (ed.), Austroasiatic studies Part I. Honolulu: The University Press of Hawai.

Burenhult. N., 2002. "A Grammar of Jahai". Tesis Doktor Falsafah, Department of Linguistics and Phonetics. LUND University.

Chambers, J.K. & Trudgill, P. 1990. Dialectology. London: Cambridge University Press.

Chomsky, N., 1981. Lectures on Government and Binding. Dordrecht: Foris Publications.

Chomsky, N., 1995. Language and Nature. Mind 104, hlm.1-61. Oxford University Press.

Cole, P., Hermon, G. & Yanti, "Voice in Malay/Indonesia" dlm. Lingua 118, hlm. 1500-553, 2008.

Culicover, P & Rochemont. M., "Stress and Focus in English" dlm. Language 59, hlm. 123-65, 1983.

Diffloth, G., "Jah Hut, An Austroasiatic Language of Malaysia" dlm. Southeast Asian Linguistic Studies 2, hlm. 73-118, 1976. Hawaii: University of Hawaii Southeast Asia Program.

Dentan, R.K., 1984. Structure of the Semai Language. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, "Pengklitikan Enklitik '-nya' pada Kata Kerja: Aplikasi Teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1986)" dlm. Jurnal Bahasa 6:3, hlm. 363-84, 2006.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, "Struktur Sintaksis Frasa Nama Bahasa Bateq" dlm. GEMA Onlineā„¢ Journal of Language Studies 9:1, hlm. 47-61, 2009.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, "The Syntactic Structure of A Noun Phrase: Austroasiatic vs. Austronesia" dlm. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities 19:1, hlm. 263-71, 2011.

Horvath. J., 1986. FOCUS in The Theory of Grammar and The Syntax of Hungarian. Dordrecht: Foris Publications.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2006. http://www.jheoa.gov.my (Capaian pada 15 Februari 2014).

Khairul Hisyam Kamarudin & Ibrahim Ngah, 2008. Pembangunan Mapan Orang Asli. Skudai: Penerbit UTM.

Md. Isa Hassan, 1993. Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu: Masalah Penggunaan serta Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang Berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Myhill, John, "Nominal Agent Incorporation in Indonesia" dlm. Journal Linguistics 24, hlm.111-36, 1998.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perlmutter, D. M. 1978. "Impersonal Passives and the Unaccusative Hypothesis". Kerta kerja dalam Proceedings of The Fourth Annual Meeting of The Berkeley Linguistics Society, ed. C. Woodbury, F. Ackerman, C. Chiarelo, O. D. Gensler, J. J. Jaeger, J. Kingston, E. E. Sweetser, H.T. Thompson, and W.Whistler. Berkeley: University of California.
Telah diterbitkan
2014-12-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed Sultan, F., & Alimi, K. (2014). Analisis Deskriptif terhadap Struktur Frasa Kerja Bahasa Mendriq. Jurnal Bahasa, 14(2), 169-191. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4270/1374