Bahasa Melayu Strategi Kesantunan Bertutur Remaja Program Dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara

(Politeness Strategy Speech Skills of Teenagers in Two Certificate Programmes at the Maktab Rendah Sains MARA)

  • AHMAD AFINDIY Universiti Putra Malaysia
  • ZAITUL AZMA Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Pelbagai dasar digubal dalam sektor pendidikan untuk memastikan remaja pada masa akan datang mempunyai kemahiran bertutur yang baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi kesantunan dan merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi. Kajian ini disertai oleh remaja yang berusia 16 dan 17 tahun yang tinggal dan belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Baling Kedah. Remaja yang terlibat merupakan pelajar yang mengikuti program dwisijil di MRSM Baling, Kedah. Kajian ini melibatkan dua jenis interaksi, iaitu, interaksi spontan dan interaksi terancang. Sesi interaksi dirakamkan menggunakan alat perakam audio dan kemudiannya ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Hasil analisis digunakan untuk merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi secara spontan dan terancang. Dapatan kajian mendapati bahawa keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi dikenal pasti melalui beberapa aspek penggunaan bahasa. Dalam hal ini, aspek linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa amat menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Oleh hal yang demikian, remaja perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan melalui pembacaan untuk agar dapat menyerlahkan lagi keterampilan bertutur remaja untuk berinteraksi dengan lebih baik.


Kata kunci: keterampilan bertutur, strategi kesantunan, remaja, interaksi spontan, interaksi terancang

Biografi Penulis

ZAITUL AZMA, Universiti Putra Malaysia

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Amat Juhari Moain. (1985). Sistem panggilan dalam bahasa Melayu: Suatu analisis sosiolinguistik (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Amat Juhari Moain. (2001). Nilai rasa dalam bahasa Melayu. Monograf bahasa, sastera dan budaya Melayu. 6:11-18.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1988). Pengaruh sintaksis bahasa dalam bahasa Melayu dengan rujukan khusus terhadap laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Awang Sariyan (1995). Ceritera bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown & Levinson. (1987). Politeness: Some universal language usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Fraser, B. & Nolen, W. (1981). The association defense with linguistic form. International Journal of The Sociology of Language 27, 93-109.

Ghazali Lateh. (2007). Interaksi dalam ujian lisan berasaskan sekolah dalam kalangan remaja (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Ghazali Lateh dan Shamsudin Othman. (2014). Tinjauan interaksi lisan bahasa Melayu dalam kalangan remaja Malaysia dari sudut etnografi komunikasi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1, 30-40

Goffman, E. (1971). Relations in public: Microstudies of the public order. New York: Harper & Row.

Grice, H. P. (1975). Logic and Conversation. In Cole, P., & Morgan, J. (eds.) Syntax and semantic: Speech act. (41-58). New York: Academic Press

Hashim Musa. (2008). Hati budi Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Lakoff, R.T. (1973). The logic of politeness. New York: Harper and Row.

Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Marlyna Maros, Aslinda John, dan Mohd Bahrin Mydin. (2010). Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik. GEMA online Journal of Language Studies, 10(2), 2010

Muhammed Salehudin Aman. (2006). Kerancuan bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 9, 28-30.

Mustafa Atan. (2010). Implikatur dalam ujaran watak dalam filem seniman agung P. Ramlee (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Nathesan, S. (2001). Makna dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Noriati A. Rashid. (2005). Kesantunan orang Melayu dalam majlis pertunangan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohaidah Mashudi, Hawa Rahmat, Siti Rasyidah Sanudin, Sarinah Sulaiman dan Ahmad Mahmood Musanif. (2017). Peraturan interaksi peristiwa komunikatif wawancara dalam akhbar. GEMA online Journal of Language Studies. 17(3), 2017.

Sara Beden & Indirawati Zahid (2016). Pemetaan Struktur Peristiwa Bahasa: Komunikasi Bebas Konflik. GEMA online Journal of Language Studies. 16(1), 2016

Saville-Troike, M. (2003). The Etnography of Communication: An Inroduction (3rd edition). Oxford: Blackwell Publishing.

Tan Mek Leng (2003). Bahasa jurujual Tionghua: Satu kajian pragmatik (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2005). Melentur buluh biarlah waktu rebung. Jurnal Dewan Bahasa 3, 10-14.

Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2006). Memahami pertuturan kanak-kanak melalui analisis pragmatik. Universiti Putra Malaysia: Serdang.

Zarina Ahmad. (2009). Keterampilan bertutur dalam kalangan pelajar institut pendidikan guru di Selangor. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Telah diterbitkan
2019-06-03
Bagaimana untuk memetik sitasi
AFINDIY, A., & AZMA, Z. (2019). Bahasa Melayu Strategi Kesantunan Bertutur Remaja Program Dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara. Jurnal Bahasa, 19(1), 117-138. doi:10.37052/jb19(1)no6