Kata Kerja Bantu dalam Dialek Melayu Kedah: Satu Analisis Program Minimalis

(Auxiliary Verbs in Kedah Malay Dialect: A Minimalist Program Analysis)

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Affika Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kata kerja bantu (KKB) merupakan leksikal yang dianggap sebagai kata fungsian kerana mempunyai fungsi gramatikal dalam ayat. KKB pada umumnya dibahagikan kepada KKB aspek dan modal. KKB ini mempunyai distribusi yang tetap dalam bahasa Melayu, iaitu hadir sebelum kata kerja. Namun begitu, agak berbeza apabila distribusi ini dianalisis dalam dialek. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kata kerja bantu dalam dialek Melayu Kedah, mengklasifikasikan kata kerja bantu dialek Melayu Kedah, dan menganalisis struktur kata kerja bantu dialek Melayu Kedah menggunakan Program Minimalis. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, pengkaji menggunakan kaedah lapangan. Kajian distribusi kata kerja bantu (KKB) dalam ayat dialek Melayu Kedah telah dijalankan di Kampung Bandar Mukim Siong, Baling, Kedah. Hasil kajian ini mendapati bahawa KKB dalam dialek Kedah mempunyai fungsi gramatikal, iaitu menandakan kala kepada kata kerjanya. Namun begitu, analisis terhadap KKB modal mendapati bahawa KKB ini keseluruhannya berfungsi menandakan kala depan sahaja kepada kata kerja dalam dialek ini.


Kata Kunci: kata kerja bantu, Kedah, Minimalis, dialek

Biografi Penulis

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Literasi dan Transformasi Sosiobudaya, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Nur Affika Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Literasi dan Transformasi Sosiobudaya, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Adger, D. (2004). Core Syntax a Minimalist Approach. UK: Oxford University Press.

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chomsky, N. (1995). Minimalist Program. Cambridge: MIT Press.

Chomsky, N. (2001). Derivation by Phase. Micheal Kenstowicz (Ed.). Ken Hale:a Life in Language. Cambridge: MIT Press.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi & Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). Kata Soal Bila dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis. GEMA Onlineā„¢ Journal of Language Studies, 11(1), 7478.

Mohd Ra'in Shaari. (2009). Kata Bantu Bahasa Melayu: Analisis Data Korpus Berkomputer. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris.

Idris Aman & Mohammed Azlan Mis. (2016). Variasi Bahasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Larson, R. 1988. On the Double Object Construction. Linguistics Inquiry, 19(2), 335-391.

Ramli Md. Salleh. (1995). Sintaksis bahasa Melayu: Penerapan teori kuasaan dan tambatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Telah diterbitkan
2020-06-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed Sultan, F., & Ahmad, N. (2020). Kata Kerja Bantu dalam Dialek Melayu Kedah: Satu Analisis Program Minimalis. Jurnal Bahasa, 20(1), 79-108. doi:10.37052/jb.20(1)no4