Kajian Frasa Kerja Bahasa Bajau Darat di Pantai Barat dan Bajau Laut di Sabah: Analisis Kerangka Minimalis

(A Study on the Verb Phrases of the Bajau Darat and Bajau Laut Languages in Sabah: A Minimalist Program Analysis)

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Siti Amanina Sahira Saidi Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Artikel ini merupakan kajian terhadap kata kerja dalam bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut oleh penutur natif bahasa Bajau Darat di Kampung Keguraan, Kota Belud dan Bajau Laut di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, Sabah. Bahasa Bajau merupakan bahasa ibunda kepada kaum Bajau di Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis jenis kata kerja bahasa Bajau dengan menggunakan kerangka Minimalis. Kaedah kajian yang digunakan merangkumi kaedah lapangan, iaitu temu bual, rakaman, pemerhatian dan kaedah analisis data menggunakan kerangka Minimalis. Seramai enam orang responden yang ditemu bual terdiri daripada tiga orang penutur natif bahasa Bajau Darat dan tiga orang penutur natif bahasa Bajau Laut. Rakaman perbualan setiap responden dan perbualan tersebut ditranskripsi serta dianalisis oleh pengkaji. Analisis ini memberikan tumpuan pada kedudukan kata kerja dalam bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut. Hasil kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut mempunyai kala. Kata kerja bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut yang dituturkan di Sabah pula boleh terdiri daripada kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja dwitransitif. Kajian ini juga mendapati bahawa struktur asas ayat bahasa Bajau Darat dan Bajau Laut ialah KERJAAN-OBJEK-SUBJEK (KOS). Berdasarkan pendekatan kerangka Minimalis, kajian ini menjumpai tiga penemuan. Pertama, kewujudan satu posisi yang novel, iaitu FObjek untuk memenuhi urutan KOS dalam bahasa ini, kedua, kata kerja dalam bahasa ini menduduki posisi cantuman kepala Kala dan ketiga, wujudnya operator kosong (OP) untuk menandakan kewujudan subjek dalam semua ayat Bajau.

Rujukan

Arbak Othman. (1989). Nahu bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1993). Susur galur bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azam Shahsavari. (2016). Di-transitive constructions in Persian based on the minimalist program. International Journal of English Linguistics, 6, 8-20.

Chomsky, N. (1995). The minimalist program. MIT Press.

David Edger. (2003). Core syntax a minimalist approach. University Press.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2010). Teori Chomsky dan cabaran bahasa Melayu. Jurnal Kesturi, 20(1), 28-47.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2005). Analisis sintaksis ke atas enklitik '-nya' dalam bahasa Melayu (Tesis Dr. Falsafah tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Mohammed Taha. (2018). The Syntax of applicative constructions in spoken Sudanese Arabic. The Southeast Asian Journal of English Language Studies, 24(2), 143-153.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Khairul Faiz Alimi. (2016). Transitiviti bahasa Mendriq. Akademika, 86 (2), 87-98.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Khairul Faiz bin Alimi. (2014). Analisis deskriptif terhadap struktur frasa kerja bahasa Mendriq. Jurnal Bahasa, 14(2), 169-191.

Laman web rasmi kerajaan negeri sabah. (2020). Rakyat & Sejarah. https://sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/rakyat-sejarah dicapai pada 12 September 2020.

Md Isa Hassan. (1993). Frasa kata kerja dalam bahasa Melayu: Masalah penggunaan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Miller, Mark.T. (2007). A grammar of West Coast Bajau (Unpublished Ph.D Thesis). The University of Texas at Arlington.

Ong'ayo Francis Onyango. (2015). Morph syntactic analysis of verb inflections in Igikuria language: A minimalist programme. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development (4), 87-96.

Pembancian Penduduk dan Perumahan Malaysia. (2010). Jabatan Perangkaan Malaysia: Pesuruhjaya Banci Malaysia. http://www.statistics.gov.my dicapai pada 27 September 2019.

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2010). Perbandingan dialek Bajau Kota Belud dan Bajau Semporna. Jurnal Melayu, 5, 333-374.

Sifaki, E. (2014). VOS in Greek. Journal of Greek Linguistics, 13(2), 240-278.

Sumatra binti Karman. (2015). Kata kerja bahasa Bajau: Analisis kerangka Minimalis (Tesis Sarjana Muda tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Telah diterbitkan
2021-12-05
Bagaimana untuk memetik sitasi
Mohamed Sultan, F., & Saidi, S. (2021). Kajian Frasa Kerja Bahasa Bajau Darat di Pantai Barat dan Bajau Laut di Sabah: Analisis Kerangka Minimalis. Jurnal Bahasa, 21(2), 163-192. doi:10.37052/jb21(2)no1