Padanan Istilah Kesihatan Awam Berkaitan Isu COVID-19

  • Nor Diyana Saupi Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Amirah Ahmad Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Nurrissammimayantie Ismail Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstrak

Penularan virus COVID-19 pada awal tahun 2020 telah memberi impak yang besar kepada penduduk dunia. Saban hari pihak media akan melaporkan berita terkini tentang COVID-19 sama ada di dalam mahupun luar negara. Oleh itu, maklumat yang tepat dan betul harus disampaikan kepada orang awam bagi mewujudkan kefahaman dan kesedaran kepada mereka tentang bahaya ancaman penyakit pandemik ini. Isu COVID-19 merupakan sesuatu yang baharu dalam bidang kesihatan awam di Malaysia. Secara tidak langsung menunjukkan perlunya padanan istilah yang tepat dan sejadi daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi memastikan maklumat yang disampaikan benar-benar dapat diterima oleh masyarakat. Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membentuk padanan istilah yang tepat merupakan suatu langkah proaktif. Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kaedah penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing atau gabungan kaedah tersebut untuk membentuk istilah dalam bidang kesihatan awam khususnya berkaitan dengan isu COVID-19. Kajian kualitatif ini dilakukan dengan memanfaatkan data yang dicerap daripada laman media sosial Twitter @DBPMalaysia yang bertujuan menguar-uarkan istilah yang tepat bagi isu COVID-19. Data diambil daripada hantaran di media sosial rasmi DBP tersebut sepanjang 18 Mac 2020 hingga 18 Mac 2021. Sebanyak 54 istilah kesihatan awam berkaitan dengan isu COVID-19 telah dikenal pasti dan dianalisis kaedah pembentukan istilah yang digunakan. Perbincangan padanan istilah tersebut berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu (2004) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penterjemahan merupakan kaedah paling banyak digunakan dalam data yang dikaji, diikuti dengan gabungan penterjemahan dan penyerapan. 

Rujukan

Amirra Shazreena Amirul Razin, Vijayaletchumy Subramaniam & Che Ibrahim Salleh. (2017). Jurnal Mawangsa PERTANIKA. 4 (2), 361-378.
Berita Harian Online. (17 Mac 2020). Kronologi Covid-19 di Malaysia. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-covid-19-di-malaysia
BERNAMA. (2 Julai 2020). Pandemik COVID-19 wujudkan kepelbagaian penterjemahan, padanan istilah-Awang Sariyan. Bernama.com. https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1856670
Chaer, Abdul & Leonie, Agustina. (2004). Sosiolinguistik: Perkenalan awal. RinekaCipta.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 20 Mei 2021 daripada https://prpm.dbp.gov.my/
Dewan Bahasa dan Pustaka. [@DBPMalaysia]. (t.t). Tweets. [Twitter profile]. Dicapai pada 15 Mei 2021 daripada https://twitter.com/DBPMalaysia
Ducharme, Jamie. (11 Mac 2020). World Health Organization declares COVID-19 a 'pandemic'. Here's what that means. Time. https://time.com/5791661/who-coronavirus-pandemic-declaration/
Gambier, Y. (2018). Translation studies, audiovisual translation and reception. In E. Di Giovanni & Y. Gambier (Eds.), Reception studies and audiovisual translation (41st ed.). 43-66. John Benjamins. https://doi.org/10.1075/btl.141
Hasnah Mohamad. (2020). Bahasa dan Peristilahan: COVID-19 Istilah yang memenuhi syarat. Dewan Bahasa, 5, 8-10.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. (t.t). Bahagian Kesihatan Awam. Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Junaini Kasdan, Rusmadi Baharudin & Anis Shahira Shamsuri. (2020). COVID-19 dalam korpus peristilahan bahasa Melayu: Analisis sosioterminologi. GEMA Online Journal of Language Studies, 20 (3), 221-241.
Merriam-Webster. (t.t.). Viral. Dalam Merriam-Webster.com dictionary. Dicapai pada 4 September 2021, daripada https://www.merriam-webster.com/dictionary/viral
Mohamad Zakuan Tuan Ibrahim. (2020). Terminologi COVID-19: Peristilahan dan penerimaan masyarakat di laman sosial. E-Prosiding NARADATA 2020: Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Era Pandemik, 58-66.
Mukhlis Rosli, Nasimah Abdullah & Luna Abd. Rahman. (2020). Terjemahan teks keagamaan: Tinjauan dari sudut kebolehterjemahan. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 17(4), 78-89.
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (Edisi Baharu). (2004). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Masittah Raja Ariffin, Che Ibrahim Haji Salleh & Norazlina Hj. Mohd Kiram. (2012). Penerapan istilah Sains Pertanian MBIM/MABBIM dalam penterjemahan buku Inggeris-Melayu. Jurnal Linguistik, 15, 1-28.
Vinay, J.P., & Darbelnet, J. (1958/1995). Comparative stylistics of French and English: a methodology for translation (Vol. 11). John Benjamins B.V
Zaliza Zubir & Mahfuzzah Md. Daud. (2014). Peristilahan dalam bidang saintifik. Journal of Human Development and Communication. 3 (Special Issue), 93-113.
Telah diterbitkan
2022-06-02
Bagaimana untuk memetik sitasi
Saupi, N., Ahmad, A., & Ismail, N. (2022). Padanan Istilah Kesihatan Awam Berkaitan Isu COVID-19. Jurnal Bahasa, 22(1), 105-128. doi:10.37052/jb22(1)no5