Tinjauan Awal Subdialek Melayu Sarawak Berdasarkan Ciri Fonologi dan Kata Leksikal

  • Norazuna Norahim Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
  • Salbia Hassan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak
  • Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak

k
Makalah ini merupakan tinjauan awal perbandingan ciri umum dan khusus fonologi subdialek Melayu yang dituturkan di Sarawak (SDMS). Perbandingan ini terhad kepada fonologi asas yang merangkumi inventori fonem serta lingkungan kehadirannya dalam kata, diftong, rangkap vokal dan rangkap konsonan. Tinjauan ini penting sebagai landasan kepada penelitian seterusnya yang berusaha melakukan pemetaan subdialek Melayu di Sarawak. Tanpa penelitian fundamental tentang fonologi, leksikal dan nahu subdialek ini sudah tentu sukar untuk kita menyelusuri perkembangan subdialek Melayu di Sarawak. Data kajian dikumpulkan oleh penulis makalah ini dan daripada kajian lepas oleh penulis lain. Subdialek yang dibandingkan ialah subdialek Kuching, Tambirat, Kabong dan Debak yang juga mewakili empat kawasan petempatan asal orang Melayu. Kajian ini mengenal pasti dua kelompok utama SDMS, iaitu kelompok subdialek Kuching (SDM Kuching) dan kelompok subdialek Melayu persisiran (SDM Persisiran). Kelompok SDM Kuching dituturkan di perkampungan Melayu di Bahagian Kuching, sekitar lembangan Sg. Sarawak, Sematan, Santubong dan Bako. SDM Persisiran pula dituturkan di kawasan Kalaka-Saribas di Bahagian Sri Aman dan Betong, dan di Bahagian Samarahan di lembangan Btg. Sadong dan kawasan sekitarnya, iaitu Asajaya, Simunjan dan Sebuyau. SDM Persisiran kelihatan lebih tinggi kerencaman fonologinya daripada kelompok SDM Kuching, dan berkongsi beberapa ciri khusus fonologi seperti sistem 8-vokal, pengguguran ɣ di akhir kata serta kepelbagaian diftong, dan pada masa yang sama, turut mempamerkan perbezaan fonologi seperti penjelmaan /-a/ kepada /-ə/ atau /-o/, atau pengekalan /-a/ di akhir kata.

Rujukan

1. Asmah Haji Omar (2008). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Asmah Haji Omar (2015). Kampar dalam geolinguistik dan geobudaya Melayu. Jurnal Bahasa. 15(2), hlm. 201‒218.

3. Asmah Haji Omar & Norazuna Norahim (2020). Indigenous communities and languages of Sarawak, Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Chong Shin (2009). Dialek Melayu di Lembah Baram. International Journal of the Malay World and Civilisation, 27(2), 59‒71.

5. Chong Shin (2015). Dialek Melayu di Lembah Sungai Krian: Variasi Melayu Saribas atau Rejang? Jurnal Bahasa 15(1), 63‒77.

6. Collins, J.T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Collins, J.T. (2016). Dialek Melayu Sarawak. (Edisi Kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Dewan Bahasa dan Pustaka (2017). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pesisiran

9. Madzhi Johari. (1972). Fonologi Dialek Melayu Kuching, Sarawak (Latihan Ilmiah tidak diterbitkan), Universiti Malaya.

10. Madzhi Johari (1988). Fonologi dialek Melayu Kuching (Sarawak). Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Mastura Ahmad (1979). Aspek fonologi dan morfologi dialek Melayu Sarawak: Satu kajian preliminari. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia

12. Mohammed Munawar Azmi (2014). Deskripsi fonologi dialek Melayu di Lembangan Batang Sadong [Latihan Ilmiah tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.

13. Nur Sayani Shahira Mat Ghani (2020). Fonologi dialek Melayu Sarawak di Kampung Tambirat, Kota Samarahan [Latihan Ilmiah tidak diterbitkan. Universiti Malaysia Sarawak.

14. Saidatul Faiqah Samasu & Adi Yasran Abdul Aziz (2013). Inventori fonem konsonan dialek Melayu Kuching, Sarawak. Jurnal Linguistik, 17(1), 10‒18.

15. Salbia Hassan (2015). Sistem vokal dialek Melayu Kabong, Sarawak. Jurnal Bahasa, 15(1), 78‒112.

16. Salbia Hassan (2016). Kajian fonologi dialek Melayu Kabong [Tesis Ph.D. tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.

17. Sharifah Katikah Binti Wan Samsudin (2017). Perbezaan sistem fonologi antara dialek Melayu Sarawak Saribas dan dialek Melayu Sarawak Kuching [Latihan Ilmiah tidak diterbitkan]. Universiti Malaysia Sarawak.

18. Shahidi A. H., Rahim Aman, Ab. Samad Kechot, & Sharhaniza Othman (2016). Penerokaan bentuk keterikatan Melayu melalui ragam bahasa: Perbandingan fonologi Melayu Sadong Sarawak dengan Melayu Semenanjung. GEOGRAFIA. Malaysia Journal of Society and Space. 12(11), 103‒122.

19. Statistik Kependudukan Negeri Sarawak (2016,) Jabatan Perangkaan Sarawak.

20. Taha Abdul Kadir (1981). Bahasa Melayu dialek Sarawak: Satu pengenalan ringkas. Dewan Bahasa, 25(7), 56‒71.
Telah diterbitkan
2022-10-29
Bagaimana untuk memetik sitasi
Norahim, N., Hassan, S., & Abang Zainal Abidin, D. (2022). Tinjauan Awal Subdialek Melayu Sarawak Berdasarkan Ciri Fonologi dan Kata Leksikal. Jurnal Bahasa, 22(2), 273-298. doi:10.37052/jb22(2)no5