Tentang Jurnal
Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit (penilaian secara double-blind) yang diindeks dalam DOAJ, MyJurnal dan MyCite yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.
Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian linguistik terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara, khususnya tentang bahasa Melayu dan bahasa serumpun. Jurnal ini menerbitkan makalah yang terpilih dan bermutu dengan rujukan yang berwibawa. Selain itu, jurnal ini turut menyediakan padanan tajuk, abstrak dan kata kunci dalam bahasa Inggeris bagi setiap makalah yang diterbitkan.