Bunyi Geluncuran di Sarawak: Suatu Ciri Bunyi yang Bersifat Wilayah

(The Off-Glide Sounds in Sarawak: A Regionally Sound Feature)

  • Chong Shin Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan bunyi geluncuran (off-glide) yang wujud dalam dialek Melayu (Saribas, Krian, Rejang), bahasa Iban, bahasa Melanau dan bahasa Bintulu. Oleh sebab bahasa Iban merupakan bahasa dominan di Sarawak dan kaya dengan bunyi geluncuran, maka timbul persoalan sama ada fonologi bahasa bukan Iban (seperti dialek Melayu, Melanau dan Bintulu) telah dipengaruhi oleh bahasa Iban? Makalah ini dibincangkan dengan berlandaskan kerangka Blust (1997) tentang nasal dan nasalisasi di Borneo. Oleh sebab ciri bunyi praletupan nasal wujud di kawasan yang tidak menunjukkan kesinambungan dari segi geografi, kewujudan bunyi ini lebih bersifat wilayah daripada dipengaruhi oleh bahasa lain. Ciri bunyi yang bersifat kewilayahan ini menunjukkan dua fenomena yang umum, iaitu (1) persebarannya tidak bersinambungan dari segi geografi, dan (2) merentasi cabang/rumpun bahasa. Dalam dialek Melayu, Iban, Melanau dan Bintulu yang dikaji, ciri kriterianya sejajar dengan kes bunyi praletupan nasal yang diterangkan oleh Blust. Data tambahan dari kawasan luar Pulau Borneo, iaitu Sumatera (bahasa Melayu Jambi, Minangkabau dan Kerinci) juga menunjukkan ciri geluncuran pada akhir kata. Hasil analisis mendapati bahawa bunyi geluncuran di Sarawak menepati kedua-dua kriteria ini, iaitu bahasa-bahasa yang mengandungi ciri bunyi ini dan secara kebetulan menepati kriteria kerangka Blust.


Kata kunci: Bunyi geluncuran, kewilayahan, pengaruh bahasa, fenomena nasalisasi

Biografi Penulis

Chong Shin, Universiti Kebangsaan Malaysia

Institut Alam dan Tamadun Melayu

Rujukan

A.Hakim Usman. (1985). Kamus umum Kerinci-Indonesia. Jakarta. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Nasional.

Appel, R dan Peter Muysken. (1987). Language contact and bilingualism. London: Edward Arnold.

Arifudin & Akhyaruddin. (2000). Struktur nomina bahasa Melayu Jambi. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Nasional.

Asmah Haji Omar. (1981). The Iban language of Sarawak : A grammatical description. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1993). Perkaitan bahasa Melayu dengan bahasa Iban dari segi sejarah. Nik Safiah Karim (pnyt.) Tinta Kenangan, pp. 39-55. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Blust, R.A. 1974. The Proto-North Sarawak Vowel Deletion Hypothesis. Tesis Ph.D. Honolulu: University of Hawai'i.

Blust, R.A. (1986). Penyusunan salasilah bahasa di Malaysia. Terj. Collins, J.T. Bangi: Penerbit UKM.

Blust, R.A. (1997). Nasal and nasalization in Borneo. Oceanic Linguistics. 36(1), 149-179.

Charles, T. and Lew, S. (2013). A phonological description of Western Bru, Sakon Nakhon variety, Thailand. Mon-Khmer Studies 42, 127-139.

Chong Shin. (2007). Bahasa Iban dan Dialek Melayu di Saribas. Sarawak Museum Journal LXII (83), 85-106.

Chong Shin. (2008). Bahasa Bidayuhik di Borneo Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chong Shin. (2010). Pengenalan Dialek Melayu Sekadau. Jurnal Bahasa 10(1), 119-135.

Chou, Shu Hsiu. (2002). A reconstruction of Proto-Melanau. Tesis M.A. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, J.T. (1983). Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit UKM.

Collins, J.T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. (2000). Kepelbagaian dialek Melayu Sarawak: Tinjauan di Sungai Saribas dan di Sungai Rejang. Jurnal Dewan. 44(1): 2-17.

Collins, J.T. (2004). Ibanic languages in Kalimantan Barat, Indonesia: Exploring nomenclature, distribution and characteristics. Borneo Research Bulletin 35, 17-47.

Dedy Ari Asfar. (2005). Sastera Lisan Iban Sungai Rimbas, Sarawak: Perspektif etnopuitika. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

King, V. (1993). The Peoples of Borneo. Oxford: Basil Blackwell Publishers.

Kroeger, P. R. 1998. Language Classification in Sarawak: A Status Report. The Sarawak Museum Journal 53(74), 137-173.

Madzhi Johari. (1988). Fonologi dialek Melayu Kuching. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hisham Osman. (2000). Pemeliharaan dan penyisihan bahasa di kalangan suku kaum minoriti di Sarawak. Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference, Kota Samarahan, Malaysia.

Nothofer, B. (1988). A discussion of two Austronesian subgroups: Proto-Malay and Proto-Malayic. Dlm. Mohd. Thani Ahmad and Zaini Mohamed Zain (eds.) 1988. Rekonstruksi dan cabang-cabang Bahasa Melayu induk, pp. 34-58. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Azureen Hamid @Ahmed & Tajul Aripin Kassin. (2013). Analisis fonologi autosegmental dalam proses penyebaran fitur geluncuran dialek Melayu Saribas. Jurnal Bahasa 13(1), 217-242.

Pringle, R. (1970). Rajahs and Rebels. Ithaca: Cornell University Press.

Remmy anak Gedat. (2009). Kepelbagaian variasi bahasa iban dan corak pemilihannya dalam interaksi: Kajian kes di bahagian barat Sarawak. Tesis M.A. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rina Marnita. (2013). Language choice and attitude of the Minangkabau in Padang and Payakumbuh, West Sumatra. Indonesia. Disertasi Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sercombe, P.G. (2002). Linguistic continuity and adaptation among the Penans of Brunei. Disertasi Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Smith, A.D. (2017). The languages of Borneo: A comprehensive classification. Ph.D Dissertation. Universiti of Hawaii.

Wong Khek Seng & Aiwan@Noraini Alli. (1996). Kosa kata Dialek Melayu Saratok: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Dewan Bahasa 40(6), 541-548.

Yusriadi. (2005). Bahasa dan identiti di Riam Panjang. Disertasi Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaini Ozea. 1989. Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal. The Sarawak Museum Journal 40(61), Special Issue No. 4, Part II: 231-250.
Telah diterbitkan
2018-12-11
Bagaimana untuk memetik sitasi
Shin, C. (2018). Bunyi Geluncuran di Sarawak: Suatu Ciri Bunyi yang Bersifat Wilayah. Jurnal Bahasa, 18(2), 319-342. doi:10.37052/jb18(2)no5