Pemaknaan Medan Kecantikan Berasaskan Amalan Cobuild
(Describing the Semantic Field of Beauty based on COBUILD)
Abstrak
Makalah ini mengemukakan kajian yang menerapkan amalan COBUILD (Collins Birmingham University International Language Database) dalam pemerian makna medan kecantikan bagi kamus ekabahasa bahasa Melayu. Pendekatan COBUILD dipilih kerana pemerian maknanya dalam bentuk huraian. Bentuk ini menghuraikan makna sama seperti bentuk bahasa Melayu yang standard. Bentuk ini agak berbeza daripada amalan leksikografi yang diterapkan dalam kamus ekabahasa kini, iaitu yang menggunakan bentuk "mampatan". Sebanyak 18 entri medan kecantikan yang diteliti. Kajian ini mengemukakan dua objektif, iaitu pertama, penerapan amalan COBUILD dalam pemerian makna medan kecantikan dan kedua, kolokasi sebagai pembeza makna. Daripada 18 kata entri kecantikan ini yang memanfaatkan data korpus berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka diperoleh 33 makna keseluruhannya. Daripada jumlah ini sebanyak 15 kelompok makna sama ada bagi kata entri yang sama atau kata entri yang berbeza dapat dikelompokkan. Persamaan dan perbezaan ini adalah menerusi kolokasi yang diteliti daripada baris konkordans.
Kata kunci : COBUILD, medan kecantikan, kolokasi, data korpus, kamus ekabahasa
Rujukan
Collins COBUILD Advanced Learner's Dictionary. (2014). New Edition. London: Harper Collins.
Hanks, P. (2000). "Contributions of Lexicography and Corpus Linguistics to a Theory of Language Performance". United Kingdom: Oxford
Hanks, P. dan James Pustejovsky (2005). "A Pattern Dictionary for Natural Language Processing". Brandeis University: Revue Francaise de Langue Appliquée.
Ismail El Maarouf (2016). "Methodological aspects of Corpus Pattern Analysis". ICAME 37.
Nor Fazilah Noor Din. (2016). Peluasan makna payung dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu berdasarkan analisis semantik kognitif. International Seminar on Generating Knowledge Through Research. UUM-UMSIDA. October. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Norliza Jamaluddin. (2015). Perlakuan Kata Sifat Berasaskan Data Korpus Berkomputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurul Ain Ahmad. (2015). Aspek leksikografi entri dialek Kelantan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. (Tesis Sarjana). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Quirk, et al., (1995). A comprehensive grammar of the English language. New York: Longman.
Sinclair, J.M. (1987). Looking Up. London and Glasgow: Collins ELT.
Sinclair, J.M. (1989). Corpus, Concordans and Collocation. New York: Oxford University Press.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.