Kohesi dalam Warkah Sosial Melayu Abad Ke-17 hingga Abad Ke-19

(Cohesion in Malay Social Letters from the 17th to the 19th Century)

  • Muhammad Hisyam Haliah Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Ab. Razak Ab. Karim Universiti Malaya

Abstrak

Makalah ini untuk membincangkan kepelbagaian aspek kohesi sebagai satu unsur wacana dalam warkah sosial Melayu. Warkah sosial Melayu terbina dengan struktur tersendiri yang membezakannya dengan teks yang lain. Setiap komponen teks yang mendasarinya mempunyai perkaitan proses antara satu sama lain di samping memperkatakan kerencaman kandungan. Oleh itu, jalinan makna dan hubungan antara unsur bahasa dalam wacana dapat ditelusuri oleh peranan kohesi. Kehadiran unsur kohesi dalam pendekatan Konseptual Wacana Tiga Dimensi oleh Fairclough (1992) menghubungkaitkan pernyataan yang melibatkan pemerihalan, deduksi dan struktur yang membina wacana tersebut. Analisis 21 pucuk warkah bersifat empirik kerana perbincangan berdasarkan data yang terkandung dalam teks. Selaras dengan pendekatan kualitatif, penghuraian data adalah deskriptif. Kajian kohesi dengan kerangka kohesi Komponen Fungsian Sistem Semantik oleh Halliday dan Hasan (1976) mendapati kesinambungan hubungan antara kata, klausa dan ayat berlaku dalam berbagai-bagai cara sehingga melahirkan teks yang utuh. Antaranya, menerusi dua kategori utama, iaitu gramatikal yang melibatkan unsur-unsur kohesi rujukan, penggantian, elipsis dan penghubung dan kategori leksikal seperti pernyataan semula dan kolokasi.Analisis kohesi memandu pengirim warkah menyalurkan unsur tekstual dan membentuk kesinambungan klausa dan ayat sehingga menjadi teks yang lebih besar. Semua unsur kohesi ini menghuraikan komponen ideasional, interpersonal dan tekstual sebagai fungsi semantik yang menghubungkan unsur linguistik dalam teks warkah sosial Melayu.


Kata kunci: kohesi, warkah sosial Melayu, Komponen Fungsian Sistem Semantik, semantik, kesinambungan

Biografi Penulis

Ab. Razak Ab. Karim, Universiti Malaya

Associate Professor

Rujukan

Ab. Razak Ab. Karim. (1997). Manuskrip surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja Inggeris James I, England, AH 1024 (AD 1615) - Aspek penggunaan kata-kata pujian. Pengajian Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Akademi Pengajian Melayu (pp. 77-90).

Ab. Razak Ab. Karim. (2006). Warkah Melayu lama. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. (1985). Sistem panggilan dalam bahasa Melayu: Suatu analisis sosiolinguistik (Unpublished doctoral's dissertation). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1992). The linguistic scenery of Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azhar Md. Sabil. (2012). Warkah-warkah perjanjian Melayu abad ke-19: analisis wacana kritis (Unpublished doctoral's dissertation). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Dressler, W. & de Beaugrande, R. (1981). Introduction to text linguistics. London, England: Longman.

Fairclough, N. (1992). Discourse and social change. United Kingdom, England: Polity Press.

Fairclough, N. (1995). Media discourse. London, England: Edward Arnold.

Gallop, A. T. (1991). Golden letter: writing traditions of Indonesia. London, England: The British Library.

Gallop, A. T. (1994). The legacy of Malay letter. London, England: The Brish Library.

Hall, D. G. E. (1979). Sejarah Asia Tenggara (2nd ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halliday, M. A. K. (1985). An introduction to functional grammar (2nd ed.). United Kingdom, England: Edward Arnold.

Halliday, M. A. K. (2004). An introduction to functional grammar (3rd ed.). London, England: Hodder Arnold.

Halliday, M. A. K & Hasan, R. (1976). Cohesion in English. London, England: Longman.

Hasnah Mat Adnan. (2002). Analisis tautan dan runtutan dalam teks klasik dan moden (Unpublished masters's thesis). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Hirobumi, Sato. (1991). Analisis nahu wacana bahasa Melayu klasik berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah (Unpublished doctoral's dissertation). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. (2005). Edisi keempat. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar et al. (2015). Analisis kohesi wacana sains berdasarkan teori nahu fungsian. Jurnal Bahasa, 15(1),1-19.

Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan (3rd. ed). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohaizah Ab. Karim. (2014). Analisis wacana ucapan perdana menteri keenam sempena 100 hari menakhoda negara (Unpublished master's thesis). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sanat Md. Nasir. (1996) Tautan dalam wacana bahasa Melayu akhbar: analisis rencana pengarang Utusan Zaman (1957-1961)(Unpublished doctoral's dissertation). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Wong Khek Seng. (1992). Sejarah perkembangan analisis wacana. Jurnal Bahasa, 24(5), 438-446.
Telah diterbitkan
2019-06-03
Bagaimana untuk memetik sitasi
Haliah, M., & Ab. Karim, A. (2019). Kohesi dalam Warkah Sosial Melayu Abad Ke-17 hingga Abad Ke-19. Jurnal Bahasa, 19(1), 139-168. doi:10.37052/jb19(1)no7