Abstraksi Objek Konkrit dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
(An Abstraction of Concrete Object in Malay Proverbs: An Inquisitive Semantic Analysis)
Abstrak
Peribahasa Melayu merupakan salah satu bukti tingginya akal budi orang Melayu. Ungkapan berkias yang ringkas ini biasanya mempunyai makna yang tepat, padat serta bersifat kompleks. Dalam peribahasa, ujarannya tidak akan dapat difahami dengan hanya mengambil makna selapis atau makna harfiah. Hal ini berlaku kerana, banyak peribahasa mempunyai makna konkrit dan abstrak yang boleh dipetakan melalui domain sumber dan sasaran. Makalah ini bermatlamat untuk menjelaskan proses mental yang berlaku dalam minda serta menghuraikan akal budi dan falsafah di sebalik pemilihan objek peribahasa. Sebanyak 31 peribahasa yang menggunakan leksikal garam diperoleh melalui janaan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com. Kajian ini berteraskan kerangka analisis semantik inkuisitif yang dikemukakan oleh Nor Hashimah (2014). Kombinasi data korpus, teori, kognitif, falsafah dan budaya terbukti mampu mencungkil akal budi orang Melayu. Analisis mendapati terdapat beberapa fitur yang menjadi mekanisme kepada berlakunya abstraksi makna objek konkrit. Garam diabstraksi melalui fitur makna [+murah] yang berhubung dengan makna "hina". Garam juga diabstraksi sebagai "manusia hina" oleh orang Melayu kerana sifat "mudah lebur" objek garam. Kajian ini bukan sahaja menghuraikan abstraksi yang berlaku dalam peribahasa, malah dapat mencungkil kearifan dan kebijaksanaan orang Melayu.
Kata kunci: peribahasa Melayu, abstraksi, kognitif Melayu, akal budi Melayu, semantik inkuisitif
Rujukan
Bahren Umar Siregan. (2010). Emosi dan kebudayaan dalam peribahasa. (Atas Talian) Muat turun 1 Disember 2013, dari http://sastra.um.ac.id/wp-content/uploads/2010/01/104-Bahren-UmarSiregar-LTBI-UAJ-Emosi-dan-Kebudayaan-dalam-Peribahasa.pdf
Dian Nur Fibrianto. (2008). Panduan kimia praktis SMP. Yogyakarta: Pustaka Widyatama.
Hassan Ahmad. (2003). Metafora Melayu: Bagaimana pemikir melayu mencipta makna dan membentuk epistemologinya. Siri Monograf Akademi Kajian Ketamadunan. Bangi: Akademi Kajian Ketamadunan.
Hishamudin Isam & Mashetoh Abd Mutalib. (2015). Memahami pemikiran Melayu melalui pembingkaian makna leksis darah dalam peribahasa. Jurnal Melayu 14(2).
Imran Ho-Abdullah. (2011). Peluasan Semantik Kata Sifat Rasa: Manis, Masam, Pahit, Masin dan Tawar. Jurnal Dewan Bahasa 44(5), 563-573
J.S. Bududu. (2008). Kamus peribahasa: Memahami arti dan kiasan peribahasa, pepatah dan ungkapan. Jakarta : Penerbit Buku Kompas.
Julaina Nopiah, Nor Hashimah dan Junaini Kasdan. (2017). Refleksi dualisme 'Durian-Timun' dalam peribahasa Melayu: Pendekatan semantik inkuisitif. Jurnal Linguistik 21(2), 1-14.
Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin dan Wan Nurasikin. (2016). Ikan (pisces) dalam peribahasa Melayu: Analisis semantik inkuisitif. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(1).
Khazriyati Salehuddin dan Marlyna Maros. (2004). 'Dikecilkan hati Si Panas Darah' dari perspektif semantik kognitif. Jurnal Bahasa Jendela Alam 3, 367-377.
Muhammad Noor Haji Ibrahim dan Abdullah Mohd Basmeih, 2010. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Qur'an (30 juzuk). Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2017). Makna dan akal budi Melayu dlm Nor Hashimah Jalaluddin dan Muhammad Fazal (pynt), Linguistik Kontemporari. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). Perihal Parasit, Periuk Belanga dan Akal Budi Melayu dlm Nor Hashimah Jalaluddin (pynt), Semantik dan Interpretasi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin dan Junaini Kasdan. (2008). Remaja Malaysia dan Peribahasa Melayu. Jurnal Linguistik. Jilid 10: Edisi Khas.
Nor Hashimah Jalaluddin dan Ahmad Harith Syah (2009). Penelitian makna imbuhan peN- dalam bahasa Melayu: satu kajian rangka rujuk silang. GEMA Online. 9(2).57-72. PRPM http://prpm.dbp.gov.my
Retno Widiyani dan Tety Suciaty. (2008). Prinsip pengawetan pangan. Cirebon: Penerbit Swagati Press.
Rogayah Osman. (2011). Kesisteman metafora dalam makna simpulan bahasa: Satu analisis semantik kognitif. Tesis Doktor Falsafah. Bangi: UKM (tidak diterbitkan).
Salinah Jaafar. (2005). Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu. Jurnal Bahasa 5(4), 40-66.
Sizer, F.S., dan Whitney, E. (2014). Nutrition: Concepts and controversies.Thirteenth Edition. Amerika Syarikat: Yolanda Cassio.
Sperber, D., dan Wilson, D. (1995). Relevance: Communication and cognition (2nd ed). Oxford: Basil Blackwell.
Tenas Effendy. (2013). Kearifan pemikiran Melayu. Riau: Tenas Effendy Foundation.
Tham Seong Chee. (1977). Languange and cognition-an analysis of the thought and culture of the Malay. Singapura: Chopmen Enterprises.
Liaw Yock Fang dan Hassan Ahmad. (2003). Undang-Undang Laut, Karya Agung. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan
Zainal Abidin Ahmad. (2002). Ilmu mengarang Melayu/ Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); dengan pengenalan oleh Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.