Perubahan Konsonan dalam Penggandaan Berima Bahasa Indonesia

(Consonant Changes in Indonesian Rhyming Reduplication)

  • Ju Young Lee Jurusan Interpretasi dan Penerjemahan Bahasa Melayu-Indonesia, Universiti Pengajian Asing Hankuk, Korea Selatan

Abstrak

Makalah ini bertujuan mengemukakan rumusan perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia. Kajian ini mengutarakan pandangan bahawa perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia dapat dijelaskan melalui pendekatan terpisah yang tidak mempertimbangkan dua jenis penggandaan berima yang lain, iaitu perubahan vokal dan perubahan suku kata. Berdasarkan ciri khususnya, diketengahkan dahulu dalam kajian ini empat rumusan tentang perubahan konsonan dalam penggandaan berima bahasa Indonesia, iaitu, (1) hanya fonem-fonem asli boleh berubah; (2) perubahan konsonan mengarah kepada bunyi bilabial berlaku dalam keadaan normal; (3) perubahan konsonan amnya terhad kepada konsonan dalam suku kata yang pertama; dan (4) ada atau tidaknya fitur [suara] merupakan satuan dasar dalam perubahan konsonan serta makna "kepelbagaian", "tingkat superlatif", dan "sangat" pada dasarnya diterbitkan daripada perubahan fitur [sonoran]. Seterusnya, dibahaskan pula pola perubahan konsonan dalam kata ganda berima sama ada dapat dianalisis berdasarkan rumusan tersebut. Turut dimuatkan perbincangan secara ringkas hubungan antara tiga jenis penggandaan berima bahasa Indonesia untuk mengungkapkan masalah yang perlu diselidik dalam kajian akan datang


Kata kunci: bahasa Indonesia, perubahan konsonan, penggandaan berima, kata ganda berima, pendekatan terpisah

Rujukan

Benjamin, G., "Affixes, Austronesian and Iconicity in Malay" dlm. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 165:2-3, hlm. 291-323, 2009.

Cooper, W. E. dan Ross, J. R., 1975. "World Order" dlm. Robin E. Grossman, L. James San, dan Timothy J. Vance (ed.). Papers from the Parasession on Functionalism. Chicago: Chicago Linguistic Society.

Departemen Pendidikan Nasional, 2008. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Edisi ke-4. Jakarta: Penerbit Gramedia Pustaka Utama.

Lee, J.Y., "Godeunggyoyukeul Wihan Indonesiaeo Banbokbeop Yeongu (Kajian mengenai Penggandaan Bahasa Indonesia untuk Pengajian Tinggi)" dlm. Foreign Language Education, 21:2, hlm. 273-94, 2014.

Lee, J.Y., "Indonesiaeo Rideumbanbokbeop Moeum Byeoni Yeongu (Kajian mengenai Perubahan Vokal dalam Penggandaan Berima Bahasa Indonesia)" dlm. Korean Journal of Linguistics 40:1, hlm. 135-50, 2015.

Mohd Yunus Sharum dan Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2010. "Kata Gandaan Berima/Berentak Bahasa Melayu: Analisis Morfologi". Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia, 5-6 Oktober 2010.

Mohd Yunus Sharum, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Mohd Rohaizat Abd. Wahab dan Mat Rofa Ismail, "Formal Properties and Characteristics of Malay Rhythmic Reduplication" dlm. Procedia Social and Behavioral Sciences 8, hlm. 750-56, 2010.

Mohd Yunus Sharum dan Zaitul Azma Zainon Hamzah, "Golongan dan Rumus Kata Gandaan Berima" dlm. Jurnal Bahasa 11:1, hlm. 27-47, 2011.

Mohd Yunus Sharum, 2012. "Asal-usul Kata Ganda Berima Bahasa Melayu". Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Akademi Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi, 1-2 September 2012.

Nomoto, H., 2012. "Consonant-changing Reduplication in Malay as Identity Avoidance". Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar ALFA ke-19, Taipei, 26-30 Jun.

Pranowo, M. B., 2010. Multidimensi Ketahanan Nasional. Jakarta: Pustaka Alvabet.
Telah diterbitkan
2016-06-01
Bagaimana untuk memetik sitasi
Lee, J. (2016). Perubahan Konsonan dalam Penggandaan Berima Bahasa Indonesia. Jurnal Bahasa, 16(1), 30-49. Dicapai daripada https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4248/1389